Antara perlawanan yang bakal berlangsung dalam hari kedua, minggu ketiga belas Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Penang FC vs Johor Darul Ta'zim FC yang mana ianya akan berlangsung pada 3 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bandaraya di Pulau Pinang.
Ianya sepertinya perlawanan ulangan antara kedua-dua pasukan dimana kali terakhir mereka bertemua pada hujung minggu lalu iaitu dalam saingan Piala FA 2023 di peringkat Suku Akhir yang mana ianya berakhir dengan kemenagan oleh JDT dengan lima gol kosong.
Penang
Adakah pertemuan kali kedua ini, Penang mampu untuk memberikan sesuatu yang berbeza? Jika dilihat daripada prestasi liga, mereka telah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini. Ditambah pula tewas dengan JDT selepas itu? Adakah mereka mampu bangkit?
JDT
Untuk pasukan sehebat JDT ini, sepertinya prestasi yang ditunjukkan tidak nampak pun penurunan dalam dua belas perlawanan sebelum ini. Malahan mereka mampu mempamirkan aksi yang bertenaga walau tahap mana sekali pun pasukan lawan.
Jika sebelum ini mereka bermain di SSI dan untuk kali ini Penang akan menjadi tuan rumah. Jika dari sudut moral, pastinya berkelebihan kepada pasukan tuan rumah, ditambah pula dengan kehadiran penyokong sendiri ketika perlawanan.
Tetapi adakah Penang mampu untuk memberikan saingan yang lebih baik daripada sebelum ini? Adakah mereka sudah mempelajari sesuatu untuk tembus benteng kebal pasukan JDT? Adakah mereka mampu menang, cuti mata atau mampu menjaringkan gol?
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Penang vs JDT dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong pasukan tuan rumah, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Beli tiket secara yang dijual secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang dijual pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs JDT
Untuk penonton yang menyaksikan perlawanan ini dirumah, anda boleh tonton secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola CH803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langganan dengan harga serendah RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan bagi Pek Liga Malaysia.
Jadual Dan Keputusan Penang vs JDT Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak iaitu mempertemukan antara Penang dan JDT. Manakala untuk keptusan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS13 antara Penang FC vs Johor Darul Ta'zim FC pada 3 Jun ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya.
3 Jun 2023 (Sabtu)
FT : Penang (0) - (2) JDT
Corbin-Ong 18'
Fernando Forestieri 86'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka