Untuk hari ketiga minggu kesebelas Liga Super 2023, akan berlangsung tiga lagi perlawanan dan antaranya adalah pertemuan Perak FC dan Selangor FC yang mana ianya akan di adakan pada 20 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Perak di Ipoh.
Ini pastinya menjadi perlawanan tumpuan pada minggu ini. Pertembungan kedua-dua pasukan ini boleh juga digelar 'El Classico Malaysia' yang mana pastinya menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu setiap kali aksi liga berlangsung.
Perak
Setakat sepuluh perlawanan liga, Perak hanya mampu menang sebanyak dua kali sahaja dan telah pun tewas sebanyak lima kali. Kemenangan terakhir pada perlawanan lalu pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk barisan pemain untuk mempamirkan aksi lebih baik selepas ini.
Selangor
Berbeza dengan Selangor apabila perlawanan terakhir mereka berkesudahan dengan kekalahan. Walau bagaimanapun, pada lima perlawanan terakhir mereka telah mencatatkan empat kemenangan sekali gus melonjakkan Selangor ke tempat kedua.
Jika dilihat dengan prestasi semasa dan kedudukan liga, perlawanan ini pastinya memihak kepada gergasi Merah Kuning. Tetapi ianya berlangsung di Perak dan mereka akan bermain di halaman sendiri yang mana akan memberi kelebihan kepada tuan rumah.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Perak vs Selangor dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Anda kini boleh mula dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang mula dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs Selangor
Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online di Astro Go khusus untuk pelanggan Astro yang melanggan pakej sukan dan Liga Malaysia.
Selain itu, perlawanan ini juga boleh disaksikan secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau secara bulanan dengan harga RM28.90.
Jadual Dan Keputusan Perak vs Selangor Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bola sepak LS11 antara Perak dan Selangor. Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat bola sepak, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Perak FC vs Selangor FC pada 20 Mei ini, hari Sabtu, pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Perak di Ipoh.
20 Mei 2023 (Sabtu)
FT : Perak (0) - (4) Selangor
Ayron de Valle 41', 70'
Faisal Halim 45+1'
Mukhairi Ajmal 51'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka