Masuk hari kedua minggu ketiga belas Liga Super 2023 dan akan berlangsung tiga lagi perlawanan antara adalah pertemuan antara Perak FC dan Terengganu FC dimana ianya akan diadakan pada 3 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Perak di Ipoh.
Minggu terakhir sebelum pusingan pertama liga melabuhkan tirai. Adakah kedua-dua pasukan ini dapat memperbaiki kedudukan atau ada salah satu daripadanya akan berada di tempat yang sama atau mungkin jatuh kedudukannya?
Perak
Selepas kehilangan ketua jurulatih Lim Teong Kim dengan menggantikan Yusri Che Lah, adakah Perak mampu bangkit selepas tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum ini? Adakah dibawa ketua jurulatih yang baru, mereka mampu untuk memberikan saingan dalam perlawanan berbaki?
Terengganu
Terengganu juga bukanlah dalam keadaan yang baik setakat ini. Dalam lima perlawanan terakhir sebelum ini, mereka sudah tewas dua kali, seri sekali dan hanya menang dua kali sahaja. Dengan kemenangan ini, sebenarnya mereka mampu untuk memperbaiki kedudukan.
Kedua-duanya ingin kemenangan. Jika dilihat dalam prestasi semasa, pastinya berkelebihan kepada pasukan Terengganu yang juga dibarisi pemain-pemain yang lebih berkualiti. Tetapi perlawanan bermain di Ipoh yang mana sedikit sebanyak ada peluang juga untuk Perak untuk memberikan kejutan.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Perak vs Terengganu dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jadi jangan terlepas untuk datang ke stadium dan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Dapatkan tiket masuk yang kini sudah dijual secara online menerusi www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Perak vs Terengganu
Bagi penonton yang menyaksikan perlawanan ini dirumah, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey atau di RTM Klik. Untuk tontonan secara digital, anda boleh pergi ke rtmklik.rtm.gov.my.
Bagi yang sudah biasa dengan aplikasi Sooka, anda boleh juga terus menggunakannya seperti biasa. Untuk saluran RTM, tiada langganan yang diperlukan. Anda boleh live streaming secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Perak vs Terengganu Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak iaitu pertemuan antara Perak vs Terengganu. Untuk keputusan, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada petang tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 LS13 antara Perak FC vs Terengganu FC pada 3 Jun ini, hari Sabtu, pukul 5.30 petang yang berlangsung di Stadium Perak.
3 Jun 2023 (Sabtu)
FT : Perak (0) - (3) Terengganu
Adisak Kraisom 6'
Sony Norde 16'
Jordan Mintah 73'
Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka