Siaran Langsung Sabah vs KL City Live Streaming Piala FA 2023

Siaran Langsung Sabah vs KL City Live Streaming Piala FA 2023

Akan bersambung lagi dua perlawanan yang bakal buat perhitungan untuk pusingan Suku Akhir Piala FA 2023 dan salah satunya adalah pertemuan antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan diadakan pada 28 Mei 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Jika semalam kita sudah ketahui dua pasukan yang berjaya mara ke Separuh Akhir iaitu Selangor dan Terengganu yang mana masing-masing berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing tanpa perlu kepada masa tambahan. Kini akan ada dua lagi slot untuk dipenuhkan.

Sabah

Sabah telah memulakan saingan Piala FA 2023 di pusingan 16 terbaik ketika itu menentang pasukan yang berpengkalan di Pantai Timur iaitu Kelantan United. Dalam waktu tersebut, mereka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan tersebut dengan dua gol kosong dan mara ke suku akhir.

KL City

Manakala untuk KL City, mereka juga berjaya mara ke suku akhir tetapi tidaklah berjaya diuji sepenuhnya kerana mereka hanya bertemu dengan sebuah pasukan daripada liga amatur, Liga M2 iaitu Imigresen FC. Dalam perlawanan tersebut, KL City juga menang dengan jaringan dua gol tanpa balas.

Jadi pertembungan ini pastinya akan menguji kehebatan pasukan masing-masing yang sebenar. Bagi pasukan yang menang dalam perlawanan ini, mereka akan bertemu Terengganu FC yang telah mara ke Separuh Akhir semalam apabila menewaskan Kelantan FC.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Sabah vs KL City dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Sabah vs KL City Piala FA 2023

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Untuk kedua-dua pasukan terutamanya penyokong tuan rumah, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 2023 Sabah vs KL City

Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi dua penyiar rasmi Liga Malaysia 2023 iaitu RTM dan Astro. Menerusi saluran Astro, anda boleh tonton di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 2 804 serta secara online di Astro Go.

Manakala di RTM, anda boleh saksikan menerusi saluran TV Okey serta Sukan RTM. Untuk tontonan secara digital, boleh menggunakan platform rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mudah alih RTM Klik di telefon anda.

Selain itu, boleh juga menggunakan platform Sooka untuk tonton secara live streaming. Tiada langganan diperlukan, kerana ianya ditayangkan di saluran RTM.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs KL City Piala FA 2023 Suku Akhir

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara Sabah vs KL City. Untuk keputusan, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut.

Jadi untuk peminat boleh sepak, jangan lupa untuk saksikan aksi Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir antara Sabah FC vs Kuala Lumpur City FC pada 28 Mei ini, hari Ahad, jam 5.45 petang yang berlangsung di Stadium Likas.

28 Mei 2023 (Ahad)

FT : Sabah (1) - (2) KL City

Gabriel Peres 6' (P)
Romel Morales 29'
T. Saravanan 44'

*KL City berjaya mara ke Separuh Akhir bertemu Terengganu FC

Waktu : 5.45 Petang
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 2 804, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post