Siaran Langsung Sabah vs Perak Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Sabah vs Perak Live Streaming Liga Super 2023

Untuk minggu kedua belas Liga Super 2023, kesemua perlawanan akan berlangsung bukan pada hari minggu. Salah satunya adalah melibatkan pertemuan Sabah FC dan Perak FC yang mana ianya akan diadakan pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Minggu ini adalah perlawanan terakhir untuk pusingan pertama. Jadi selepas ini, kesemua pasukan akan bertemu kembali setiap lawan yang pernah bertemu bagi mengharungi pusingan kedua Liga Super 2023 sehingga ke akhirnya.

Sabah

Pasukan Sabah pastinya tidak mahu lagi kecewa seperti sebelum ini apabila telah mendahului dan akhirnya terpaksa akur berkongsi mata dengan Terengganu. Tambahan pula, ketika itu bermain di halaman sendiri. Bertemu Perak juga bermain di Likas. Tidak boleh tidak, perlu dapatkan mata maksimum.

Perak

Perak sepertinya menerima nasib yang lebih buruk pada perlawanan sebelumnya. Sudahlah bermain di tempat sendiri dan lebih pilu lagi tewas kepada seteru utama, Selangor dengan jaringan yang besar iaitu 4 gol tanpa balas.

Kedua-duanya pasti ingin mendapatkan 3 mata bagi memperkukuhkan kedudukan dala liga. Tapi jika buat perbandingan semasa, perlawanan ini pastinya memihak kepada Sabah. Perak pasti akan cuba sekurang-kurangnya berjaya curi 1 mata.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Sabah vs Perak dalam perlawanan ini.

Pemain kesebelasan utama Sabah vs Perak Liga Super 2023

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Peminat Sabah, sekali lagi jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Perak

Selain menonton di stadium, perlawanan ini turut dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, orang ramai juga boleh tonton secara online menerusi platform rtmklik.rtm.gov.my.

Untuk yang sudah biasa menggunakan platform web atau aplikasi Sooka, anda boleh terus live streaming menerusinya secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Perak Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bola sepak LS12 antara Sabah dan Perak. Manakala untuk keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga tamat perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sabah FC vs Perak FC pada 23 Mei ini, hari Selasa, pukul 8.15 malam di Stadium Likas di Kota Kinabalu

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Sabah (3) - (1) Perak

Darren Lok 4'
Park Tae-su 32'
Baddrol Bakhtiar 41'
Harith Naem 83'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post