Antara empat perlawanan yang berlangsung untuk hadi kedua Liga Super 2023 ini adalah pertemuan antara Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC yang mana ianya akan diadakan pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ini juga antara perlawanan tumpuan yang berlangsung untuk minggu terakhir pusingan pertama Liga Super 2023. Kita pasti dapat lihat, pasukan manakah yang lebih hebat sekali gus mampu terus berada di kelompok teratas carta.
Selangor
Dalam tempoh lima perlawanan terakhir, Selangor hanya pernah tewas sekali sahaja. Selain itu, mereka meraih kemenangan bergaya sama ada bermain di laman sendiri atau berkunjung di tempat lawan. Nampaknya kali ini ada sedikit kelebihan untuk pasukan tuan rumah.
Kedah
Kedah telah pun meraih kemenangan dua kali berturut-turut sebelum ini. Pastinya momentum yang diperoleh kini, akan dibawa ketika bertemu Selangor nanti. Jika tidak mampu sekali pun, berharap dapat mencuri sekurang-kurangnya 1 mata.
Selangor pastinya mempunya kelebihan berbanding Kedah. Mereka akan bermain di Petaling Jaya yang menjadi kubu kuat pasukan Selangor. Ditambah pula dengan kehadiran penyokong setiap bagi memberikan semangat kepada setiap pemain yang beraksi.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Selangor vs Kedah dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium yang mula dijual pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kedah
Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda iaitu menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.
Selain itu, jika anda sudah menggunakan aplikasi Sooka, anda tetap boleh terus menggunakan platform tersebut untuk menyaksikan perlawanan ini secara live streaming tanpa perlu kepada apa-apa langganan. Tonton secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Selangor vs Kedah Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak LS12 iaitu pertemuan antara Selangor dan Kedah. Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksiakn aksi Liga Super 2023 antara Selangor FC vs Kedah Darul Aman FC pada 24 Mei ini, hari Rabu, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
24 Mei 2023 (Rabu)
FT : Selangor (3) - (2) Kedah
Amirbek Juraboev 6'
Ayron del Valle 23'
Willian Lira 28'
Faisal Halim 40'
Noor Al-Rawabdeh 78'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka