Aksi Liga Super 2023 diberhentikan seketika bagi memberi ruang kepada saingan Piala FA 2023 dan antara pasukan yang terlibat adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Kelantan FC yang mana ianya akan diadakan pada 27 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Minggu ini akan bermula pusingan Suku Akhir dimana melibatkan lapan pasukan yang masih meneruskan cabaran dalam saingan kali ini. Kesemua semua pasukan telah melayakkan diri dengan menewaskan pasukan lawan masing-masing pada pusingan 16 terbaik sebelum ini.
Terengganu
Terengganu memulakan saingan di pusingan 16 terbaik sebelum ini dengan bertemu pasukan daripada liga amatur Liga M3 pada April yang lalu dengan meraih kemenangan bergaya empat gol kosong. Ketika itu juga, bermain di halaman sendiri dan sekali gus tidak mensia-siakan peluang tersebut.
Kelantan
Manakala Kelantan juga yang terus layak ke pusingan 16 terbaik ketika itu juga bertemua pasukan daripada Liga M3 iaitu Manjung City. Dalam perlawanan tersebut, Kelantan meraih kemenangan dengan menjaringkan tiga gol tanpa balas.
Dengan kemenangan tersebut, kedua-dua pasukan layak ke pusingan Suku Akhir dan sekali lagi akan bermain di peringkat kalah mati tanpa perlu ada perlawanan timbal balik. Bagi pasukan yang menang, mereka akan bertemu antara pemenang Sabah dan KL City di Separuh Akhir.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu vs Kelantan dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jangan lupa untuk peminat kedua-dua pasukan terutamanya dari pihak tuan rumah untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 2023 Terengganu vs Kelantan
Derby Pantai Timur ini pastinya menarik untuk disaksikan. Jadi untuk yang berada di rumah, boleh tonton di saluran Astro Arena Bola 803 yang dibawa secara langsung atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Untuk yang tiada astro, anda boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming yang dibawakan menerusi platfom web dan di aplikasi Sooka. Boleh langgan pas satu perlawanan dengan harga RM7.90 untuk pas bulanan dengan harga RM28.90.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kelantan Piala FA 2023 Suku Akhir
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara Terengganu vs Kelantan. Untuk keputusan, akan dikemaskini selepas tamat perlawanan 90 minit pada petang tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa saksikan aksi Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir antara Terengganu FC vs Kelantan FC pada 27 Mei ini, hari Sabtu, jam 5.00 petang yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
27 Mei 2023 (Sabtu)
FT : Terengganu (4) - (2) Kelantan
Azam Azmi Murad 17'
Ivan Mamut 41'
Ismaheel Akinade 45', 63' (P)
Sony Norde 52'
Syafik Ismail 82'
*Terengganu berjaya mara ke Separuh Akhir Piala FA 2023
Waktu : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka