Siaran Langsung Terengganu vs Penang Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Terengganu vs Penang Live Streaming Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu kedua belas Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan empat lagi perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemua antara Terengganu FC vs Penang FC yang mana ianya akan diadakan pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini pastinya perlawanan menarik dimana kedua-duanya kini berada rapat dalam carta liga. Ini bermakna, pasukan mana yang berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini, mereka yang akan berada di atas pasukan yang tewas.

Terengganu

Dalam tigak perlawanan terakhir, Terengganu sepertinya masih belum kembali ke prestasi terbaik mereka. Dalam tempoh tersebut, mereka telah tewas sebanyak dua kali dan seri sekali. Dengan keadaan tersebut, Terengganu kini turun ke tangga ke-8 liga selepas sebelas perlawanan.

Penang

Sedikit berbeza dengan Penang. Walaupun mereka tewas pada perlawanan sebelum ini, tetapi dalam tempoh empat perlawanan terakhir, mereka telah meraih tiga kali kemenangan berturut-turut. Mungkin sedikit salah percaturan, mereka akur tewas pada Sri Pahang di Darul Makmur sebelum ini.

Jadi kedua-dua nampak seimbang jika dilihat dari prestasi semasa. Walaupun begitu, ini pastinya memberikan sedikit kelebihan kepada Terengganu kerana mereka akan menjadi tuan rumah dan pastinya dengan kehadiran penonton yang ramai, mampu memberikan semangat yang lebih kepada pemain.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu vs Penang dalam perlawanan ini.

Pemain kesebelasan utama Terengganu vs Penang

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Jadi kepada semua penyokong pasukan tuan rumah, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Boleh dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my atau beli dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Penang

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 3 807 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, jika anda tidak mempunyai akses kepada Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu buat langganan dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Penang Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak LS12 iaitu antara Terengganu vs Penang. Manakala untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Terengganu FC vs Penang FC pada 24 Mei ini, hari Rabu, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : Terengganu (1) - (0) Penang

Engku Nor Shakir 75'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro GO & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post