Selesai di Singapore Open 2023 dan kini pemain-pemain badminton meneruskan lagi cabaran menenerusi kejohanan Indonesia Open 2023 dimana ianya akan berlangsung dari 13 hingga 18 Jun 2023 bertempat di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
Kapal Api Group Indonesia Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 1000 dengan menawarkan mata ranking tertinggi bersama hadiah wang tunai yang lumayan dengan keseluruhan berjumlah USD 1,250,000 (RM5.7 juta)
Senarai Pemain Malaysia Dalam Indonesia Open 2023
Kita bakal dapat saksikan pemain-pemain ternama dunia yang menyertai dalam kejohanan ini termasuklah daripada Malaysia. Pemain yang tersenarai adalah sama ada mereka dibawah naungan BAM juga beserta pemain-pemain profesional negara bagi setiap kategori.
Perseorangan Lelaki - Ng Tze Yong, Lee Zii Jia [8]
Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei
Beregu Lelaki - Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi, Man We Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik
Beregu Wanita - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
Beregu Campuran - Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat [7]/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Tan Kiang Meng/Lai Pei Jing
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Indonesia Open 2023
Kejohanan Terbuka Indonesia 2023 ini akan bermula daripada pusingan 32 dan pemain-pemain akan bertarung sehinggalah ke pusingan akhir dengan format kalah mati dalam tiga perlawanan bagi setiap perlawanan.
Anda boleh saksikan perlawanan untuk kejohanan ini iaitu menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Tayangan siaran langsung akan bermula daripada awal perlawanan lagi.
Bagi yang tiada akses Astro, anda boleh live streaming di laman youtube rasmi BWF di BWFTV secara percuma. Juga boleh saksikan bermula pada hari pertama lagi. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan badminton untuk Indonesia Open 2023 yang dipaparkan hanya melibatkan pemain-pemain negara sepanjang kejohanan ini berlangsung.
13 Jun 2023 (Selasa) - Pusingan 32
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia.
[MS] Shi Yu Qi (CHN) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-7, 17-21, 21-13]
[WD] Meilysa Puspitasari/Rachel Rose (INA) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-18, 23-21]
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (IND) M. R. Arjun/Dhruv Kapila - [12-21, 21-16, 22-20]
[XD] Goh Soon Huat [7]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (INA) Rehan Kusharjanto/Lisa Kusumawati - [21-13, 24-26, 17-21]
[XD] Hiroki Midorikawa/Natsu Saito (JPN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [21-17, 15-21, 21-17]
[WS] Carolina Marin [6] (ESP) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-11, 21-11]
---------------------------------------------
14 Jun 2023 (Rabu) - Pusingan 32
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia.
[MS] Lakshya Sen (IND) vs (MAS) Lee Zii Jia [8] - [21-17, 21-13]
[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (INA) Praveen Jordan/Melati Oktavianti - [16-21, 9-21]
[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (ENG) Gregory Mairs/Jenny Moore - [21-14, 21-13]
[MD] Muhammad Fikri/Bagas Maulana (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [16-21, 12-21]
[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (JPN) Keiichiro Matsui/Yoshinori Takeuchi - [21-19, 15-21, 19-21]
---------------------------------------------
15 Jun 2023 (Khamis) - Pusingan 16
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia.
[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (INA) Rinov Rivaldy/Pitha Mentari - [17-21, 16-21]
[MD] Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [19-21, 16-21]
[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (INA) Leo Carnando/Daniel Marthin - [20-21, 17-21]
---------------------------------------------
16 Jun 2023 (Jumaat) - Suku Akhir
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia.
[MD] Akira Koga/Taichi Saito (JPN) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [10-21, 15-21]
---------------------------------------------
17 Jun 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia.
[MD] Kusumawardana/Yeremia Rambitan (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [21-12, 21-23, 13-21]
---------------------------------------------
18 Jun 2023 (Ahad) - Final
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia.
[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (JPN) Yuta Watanabe [2]/Arisa Higashino - [21-14, 21-11]
[WS] Carolina Marin [6] (ESP) vs (CHN) Chen Yu Fei [4] - [18-21, 19-21]
[WD] Baek Ha Na [5]/Lee So Hee (KOR) vs (JPN) Yuki Fukushima [7]/Sayaka Hirota - [22-20, 21-10]
[MD] Satwiksairaj Rankireddy [7]/Chirag Shetty (IND) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [21-17, 21-18]
[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (INA) Anthony Ginting [2] - [21-14, 21-13]
---------------------------------------------
Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com