Kini tibanya hari perlawanan Persahabatan FIFA Tier 1 dimana akan berlangsung dari 12 hingga 20 Jun 2023. Dalam tempoh ini, akan berlangsungnya banyak Friendly Match antara negara termasuklah melibatkan pasukan Malaysia.
Dalam kalendar FIFA untuk Jun 2023, Malaysia akan bertemu dua pasukan dari benua Ocenia yang melibatkan skuad kebangsaan. Untuk perlawanan pertama akan bertemu pasukan Kepulauan Solomon pada 14 Jun 2023 (Rabu). Manakala untuk perlawanan kedua berdepan Papua New Guinea yang bakal berlangsung pada 20 Jun 2023 (Selasa).
Malaysia
Kali terakhir Malaysia beraksi di pentas antarabangsa adalah menerusi perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 pada Mac yang lalu. Juga bermain dengan dua perlawanan. Kedua-duanya Malaysia peroleh kemenangan.
Ketika itu, Malaysia berjaya menumpaskan Turkmenistan dengan jaringan 1-0. Kemudian berhadapan dengan Hong Kong dan menang dengan jaraingan dua gol kosong. Permulaan yang baik untuk tahun 2023 ketika itu.
Kepuluan Solomon
Dalam tempoh yang sama juga, Kepulauan Solomon (Solomon Island) juga bermain dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1. Mereka menang dengan jaringan yang sama iaitu dua gol kosong ketika bertemu Fiji dan Vanuatu.
Pertembungan antara Kepuluan Solomon dan Malaysia adalah kali pertama. Jadi pertemuan ini adalah penentu, pasukan manakah yang berjaya meraih kemenangan pertama. Adakah Malaysia atau Kepulauan Solomon?
Papua New Guinea
Untuk pasukan Papua New Guinea, kali terakhir mereka beraksi adalah pada tahun 2022. Dalam tiga perlawanan terakhir tersebut, mereka menang dua kali dan seri sekali. Mereka menang ketika bertemu Fiji dan Vanuatu dengan jaringan satu gol kosong dan seri dengan Vanuatu U20 dengan jaringan 3-3.
Untuk rekod, Malaysia kini berada di kedudukan ke 138. Manakala Kepuluan Solomon di rangking ke-134 dunia dan Papua New Guinea di FIFA rangking ke-159. Malaysia berada di tengah-tengah antara kedua-dua pasukan.
Tiket Masuk Secara Online
Keadaan masih sama seperti pada bulan Mac yang lalu dimana Malaysia masih tidak boleh lagi menggunakan stadium keramat Harimau Malaya di Bukit Jalil atas urusan naik taraf padang kearah yang lebih baik.
Jika pada Mac yang lalu, ianya dimainkan di Stadium Sultan Ismail di Johor dan kali ini venue bertukar ke Pantai Timur pula iaitu di Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu. Untuk kedua-dua perlawanan akan berlangsung disini.
Untuk tiket masuk stadium, anda sudah boleh mula dapatkannya sekarang. Hanya dijual secara online sahaja dan tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Boleh dapatkan dengan harga RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak di www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 Untuk Pasukan Malaysia
Untuk kedua-dua perlawanan iaitu menentang Kepulauan Solomon pada 14 Jun dan Papua New Guinea pada 20 Jun akan ditayangkan secara langsung menerusi dua saluran iaitu di Astro dan TV9.
Untuk tayangan di Astro, anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan boleh juga tonton secara online di platform Astro Go.
Untuk yang tiada Astro, boleh saksikan di TV9 menerusi saluran Astro 149 dan myfreeview 109 secara percuma. Untuk yang nak strim secara online, boleh gunakan aplikasi Tonton atau di web watch.tonton.com.my secara percuma.
Jadual Dan Keputusan Malaysia Dalam Perlawanan Persahabatan FIFA 2023
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia bertemu Kepuluan Solomon dan Papua New Guinea dalam perlawanan Persahabatan Antarabangsa FIFA Tier 1 yang kedua-dua berlangsung di Stadium Sultan Zainal Abidin.
14 Jun 2023 (Rabu)
FT : Malaysia (4) - (1) Kepuluan Solomon
Raphael Lea'i 11'
Paulo Josue 40'
Arif Aiman Hanapi 45+2' (P)
Safawi Rasid 77'
Lee Tyck 90+1'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton
20 Jun 2023 (Selasa)
FT : Malaysia (10) - (0) Kepuluan Solomon
Safawi Rasid 45+4' (P)
Paulo Josue 52', 64', 70'
Arif Aiman Hanapi 57', 60', 87', 89'
Faisal Halim 59'
Daniel Ting 76'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton