Selesai di Indonesia Open 2023 dan kini beberapa pemain badminton akan meneruskan lagi cabaran iaitu menerusi kejohanan Taipei Open 2023 dimana ianya akan berlangsung dari 20 hingga 25 Jun 2023 bertempat di Tian-mu Arena, University of Taipei di Taiwan.
Yonex Taipei Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWFI tahun dimana ianya merupakan acara Super 300 dengan menawarkan mata ranking bersama hadiah wang tunai dengan keseluruhan berjumlah USD 210,000 (RM271 ribu).
Senarai Pemain Malaysia Dalam Taipei Open 2023
Walaupun dengan kategori yang tidaklah terlalu tinggi, tetapi masih ramai pemain badminton handalan dunia yang menyertai kejohanan ini termasuklah dari Malaysia. Pemain yang tersenarai adalah dibawah BAM bersama-sama pemain profesional negara bagi setiap kategori.
Perseorangan Lelaki - Yeoh Seng Zoe, Cheam June Wei, Leong Jun Hao, Soong Joo Ven, Aidil Sholeh
Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei [8]
Beregu Lelaki - Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi, Nur Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong, Goh V Shem/Lim Khim Wah, Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee, Boon Xin Yun/Wong Tien Ci,
Beregu Wanita - Vivian Hoo [2]/Lim Chiew Sien
Beregu Campuran - Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei, Chan Peng Soon [8]/Cheah Yee See
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Open 2023
Kejohanan Terbukan Taipei 2023 ini akan bermula daripada peringkat kelayakan dan pemain yang berjaya akan layak ke pusingan 32 untuk menyertai pemain-pemain utama dan sehinggalah ke pusingan akhir atau final.
Anda boleh saksikan perlawanan untuk kejohanan ini iaitu menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Walaubagaimanapun, siaran langsung hanya akan bermula pada pusingan Separuh Akhir iaitu pada 24 Jun ini.
Bagi yang tiada Astro atau ingin menyaksikan perlawanan lain bagi setiap pusingan, boleh live streaming di laman youtube rasmi BWF di BWFTV secara percuma. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan badminton untuk Taipei Open 2023 yang dipaparkan hanya melibatkan pemain-pemain negara sepanjang kejohanan ini berlangsung.
*Jadual dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan mengikut waktu Malaysia.
20 Jun 2023 (Selasa) - Peringkat Kumpulan & Pusingan 32
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
- Peringkat Kumpulan, Q
[MS] Subhankar Dey (IND) vs (MAS) Aidil Sholeh - [17-21, 21-18, 15-21]
[XD] Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien (MAS) vs (AUS) Jonathan Curtin/Anona Pak - [21-11, 21-11]
[MS] Korakrit Laotrakul (THA) vs (MAS) Aidil Sholeh - [21-16, 20-22, 13-21]
- Pusingan 32
[MD] Nur Ayub Azriyn/Tan Wee Kiong (MAS) vs (KOR) Kim Young Hyuk/Wang Chan - [21-17, 18-21, 22-20]
[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Chiu Hsiang Chieh/Yang Ming-Tse - [15-21, 21-12, 21-15]
[MD] Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee (MAS) vs (CAN) Lam Wai Lok/Lap Kern Pong - [21-12, 21-11]
[MD] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (TPE) Chen Zhi Ray/Lu Chen - [17-21, 14-21]
[MD] Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci (MAS) vs (KOR) Jin Yong/Na Sung Seung - [17-21, 23-21, 15-21]
---------------------------------------------
21 Jun 2023 (Rabu) - Pusingan 32
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
[XD] Fang Chih Lee/Sun Wei Pei (TPE) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [13-21, 11-21]
[MS] Lin Kuan-Ting (TPE) vs (MAS) Yeoh Seng Zoe - [21-17, 12-21, 19-21]
[XD] Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS) vs (ALB) Koceila Mammeri/Tanina Mammeri - [21-12, 21-11]
[XD] Chiu Hsiang Chieh/Lin Xiao Min (TPE) vs (MAS) Chan Peng Soon [8]/Cheah Yee See - [24-22, 21-12]
[XD] Ye Hong Wei [5]/Lee Chia Hsin (TPE) vs (MAS) Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien - [21-19, 23-21]
[MS] Jeon Hyeok Jin (KOR) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-23, 16-21]
[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (IND) Kiran George - [22-20, 12-21, 21-19]
[WS] Huang Ching Ping (TPE) vs (MAS) Goh Jin Wei [8] - [22-20, 21-15]
[MS] Soong Joo Ven (MAS) vs (HKG) Chan Yin Chak - [16-21, 14-21]
[MS] Aidil Sholeh (MAS) vs (JPN) Kenta Nishimoto [4] - [13-21, 4-21]
---------------------------------------------
22 Jun 2023 (Khamis) - Pusingan 16
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
[XD] Kim Young Hyuk/Lee Yu Lim (KOR) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-19, 16-21, 14-21]
[MS] Kanta Tsuneyama [6] (JPN) vs (MAS) Yeoh Seng Zoe - [19-21, 15-21]
[XD] Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS) vs (THA) R Oupthong/J Sudjaipraparat - [21-13, 21-13]
[MS] Ng Ka Long Angus [5] (HKG) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-14, 21-13]
[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (INA) Chico Dwi Wardoyo [8] - [18-21, 21-14, 16-21]
[WS] Hung En Tzu/Lin Yu Pei (TPE) vs (MAS) Vivian Hoo [2]/Lim Chiew Sien - [21-19, 21-18]
[MD] Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee (MAS) vs (PHI) Christian Bernardo/Alvin Morada - [21-11, 21-15]
[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (MAS) Nur Ayub Azriyn/Tan Wee Kiong - [18-21, 21-15, 21-18]
---------------------------------------------
23 Jun 2023 (Jumaat) - Suku Akhir
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
[XD] Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Yang Po Hsuan [7]/Hu Ling Fang - [21-15, 21-14]
[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (TPE) Ye Hong Wei [5]/Lee Chai Hsin - [18-21, 14-21]
[MS] Su Li Yang (TPE) vs (MAS) Yeoh Seng Zoe - [21-5, 21-17]
[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Fang Chih Lee/Fang Jen Lee - [15-21, 21-19, 21-17]
[MD] Lee Jhe Huei [4]/Yang Po Hsuan (TPE) vs (MAS) Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee - [19-21, 19-21]
---------------------------------------------
24 Jun 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
[XD] Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin (TPE) vs (MAS) Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei - [14-21, 19-21]
[MD] Ong Yew Sin [1]/Teo Ee Yi (MAS) vs (MAS) Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee - [21-17, 19-21, 9-21]
---------------------------------------------
25 Jun 2023 (Ahad) - Final
- Perlawanan pembukaan adalah pada pukul 12.00 tengah hari waktu Malaysia. Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3
[XD] Chen Tang Jie [4]/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Chiu Hsiang Chieh/Lin Xiao Min - [21-12, 21-18]
[WS] Tai Tzu Ying [1] (TPE) vs (USA) Baiwen Zhang [3] - [21-14, 21-17]
[MS] Su Li Yang (TPE) vs (INA) Chico Dwi Wardoyo [8] - [21-23, 15-21]
[WD] Febriana Kusuma [1]/Amalia Pratiwi (INA) vs (KOR) Lee Yu Lim [5]/Shin Seung Chan - [21-18, 17-21, 17-21]
[MD] Man Wei Chong [5]/Kai Wun Tee (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao [2]/Yang Po Han - [20-22, 21-17, 21-14]
---------------------------------------------
Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com