Kini akan berlangsung perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara kelab Johor Darul Ta'zim FC dan Albirex Niigata Singapore FC yang mana akan diakan pada 17 Jun 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.
Selain aksi persahabatan untuk skuad kebangsaan Harimau Malaya, salah satu kelab tempatan iaitu JDT juga mengambil kesempatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan atau friendly match iaitu bertemu dengan pasukan daripada negara seberang, Singapure.
Albirex Niigata Singapore FC
Pasukan Albirex Niigata Singapore FC merupakan sebuah kelab asal dari Jepun. Tetapi sejak tahun 2004, mereka sudah berkenala dengan menyertai Singapore Premier League dan sudah bermain sehingga sekarang.
Kini mereka bukanlah pasukan yang biasa, apabila telah memangi title kejuaraan liga sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 2016, 2017, 2018, 2020 dan terbaru pada musim lalu, tahun 2022. Pada tahun 2021, sebagai naib juara.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah bergelar juara dalam saingan Singapore Cup, Singapore League Cup dan Community Shield sebanyak 4 kali. Menjadi antara pencabar utama dalam saingan Liga Singapura.
Johor Darul Ta'zim FC
Pasukan Johor Darul Ta'zim sudah ketahui, meriah gelaran juara Liga Super sebanyak 9 kali berturut-turut. pada tahun 2022 juga mereka berjaya meraih gelaran quadraple apabila mengaut segala piala yang dipertandingkan iaitu Liga Super, FA Cup, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.
Ini merupakan pertemuan kali pertama bagi kedua-dua pasukan. Albirex Niigata hanya pernah berdepan dengan JDT II pada tahun tahun 2017 lalu dengan melakar kemenangan 3-1 juga dalam aksi perlawanan persahabatan.
Perlawanan ini mungkin kita tidak akan nampak kelibat beberapa pemain utama bagi kedua-dua pasukan. Ini kerana, ramai pemain yang dipanggil bagi mewakili negara masing-masing baik Malaysia dan Singapure bagi aksi Perlawanan Persahabatan FIFA Tier 1.
Tiket Masuk Stadium Secara Percuma
Berita baik untuk semua penyokong JDT yang ingin menyaksikan perlawanan ini stadium. Ini kerana, pihak pengurusan mengumumkan kemasukan adalah percuma dan tidak perlu dapatkan apa-apa tiket pun. Boleh masuk terus.
Untuk semua pemegang Pas Bermusim JDT 2023 akan ditempatkan di kawasan Grandstand manakala mereka yang tidak memiliki pas bermusim boleh masuk melalui Pintu C.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bermula dari Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini ke Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan.
Para penyokong boleh meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan lalulintas dan juga memastikan aliran masuk dan keluar penyokong yang lebih teratur. Luaskan Kuasamu Johor.
Klik pautan 'Google Maps' di sini Hutan Bandar MBIP, Taman Mutiara Rini
Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 JDT vs Albirex Niigata
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi tentang tayangan siaran langsung di kaca sama ada menerusi saluran Astro Arena, pihak RTM atau di TV9. Jadi adalah lebih baik, untuk anda saksikan sendiri di stadium.
Mungkin jika ada ditayangkan adalah secara live streaming di youtube rasmi JDTTV pada hari perlawanan. Jika ada pengumuman terbaru, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jadual Dan Keputusan JDT vs Albirex Niigata Untuk Perlawanan Persahabatan 2023
Ini merupakan jadual perlawanan friendly match melibatkan kelab Johor Darul Ta'zim FC vs Albirex Niigata Singapore FC. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula, akan dikemaskini sejurus tamat perlawanan pada petang tersebut.
17 Jun 2023 (Sabtu)
FT : JDT (5) - (1) Albirex Niigata
Diogo 18'
Fernando Forestieri 27'
Nazmi Faiz 53'
Seia Kunori 63'
Bergson da Silva 64'
Aysar Hadi 67'
Waktu : 6.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Tiada
Live Streaming : Tiada