Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Piala FA 2023 Separuh Akhir

Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Piala FA 2023 Separuh Akhir

Pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023 kini telah tiba dan salah satu pasukan yang telah layak dalam perlawanan ini adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC yang mana ianya akan diadakan pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Selain daripada kedua-dua pasukan ini, telah berlangsung satu lagi perlawanan pada semalam, 25 Jun iaitu antara Terengganu dan KL City dan sudah ketahui dimana pasukan pelawat berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dalam penentuan sepakan penalti sekali gus mara ke final Piala FA 2023

Johor Darul Ta'zim FC

JDT berjaya mara ke separuh akhir apabila membenam Penang FC dengan jaringan 5 gol kosong tanpa balas dalam aksi pusingan suku akhir pada Mei yang lalu. Dengan kemenangan tersebut, terhentilah perjuangan Penang dan JDT sekali lagi mara ke pusingan seterusnya.

Selangor FC

Selangor juga nampaknya tidak berhadapan dengan masalah pada pusingan suku akhir apabila bertemu Negeri Sembilan walaupun ketika itu bermain sebagai pasukan pelawat. Selangor tidak gentar sekali gus berjaya merobek jaringan pasukan lawan dengan kemenangan 3-1. Dengan itu, mereka berjaya mara satu lagi langkah.

JDT sebagai penyandang juara pastinya tidak mahu sia-siakan peluang ini untuk terus mendakap piala tersebut. Walaupun pertemuan terakhir kedua-dua pasukan ini berpihak kepada JDT iaitu dalam saingan Liga Super, pastinya JDT akan terus berwaspada dengan kebangkitan pasukan Selangor.

Pusingan ini tiada timbal balik perlawanan yang diadakan. Pasukan yang menang, akan mara ke final Piala FA 2023. Adakah Selangor dapat survive dan balas dendam di SSI pada perlawanan kali ini? Atau JDT terus gah tanpa sebarang kekalahan lagi dalam saingan Liga Malaysia kali ini?

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan JDT vs Selangor dalam perlawanan ini.

Pemain kesebelasan utama JDT vs Selangor Piala FA 2023 Separuh Akhir

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Seperti yang diumumkan oleh pihak tuan rumah apabila JDT telah menyediakan 1000 tiket untuk penyokong Selangor. Jadi jangan terlepas untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Piala FA Separuh Akhir JDT vs Selangor

Mana yang tidak dapat datang ke stadium, jangan risau! Ini kerana perlawanan ini juga turut akan dibawakan di semua saluran penyiar rasmi Liga Malaysia 2023 seperti perlawanan Terengganu vs KL City iaitu di Astro dan RTM

Anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 di kaca tv. Selain itu, anda boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Manakala di saluran RTM, anda boleh saksikan di TV Okey serta Sukan RTM. Nak tengok secara online digital di laptop atau telefon pintar, anda boleh pergi ke rtmklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Klik.

Alternatif lain, anda boleh menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada apa-apa langganan. Anda boleh live streaming perlawanan ini secara percuma menerusi saluran RTM yang disediakan.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Selangor Piala FA 2023 Separuh Akhir

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara JDT vs Selangor. Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan sebenar pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan terlepas untuk saksikan aksi JDT vs Selangor dalam Piala FA 2023 pusingan separuh akhir pada 26 Jun ini, hari Isnin, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail.

26 Jun 2023 (Isnin)

FT : JDT (4) - (0) Selangor

Arif Aiman 20', 33', 38'
Fernando Forestieri 47'

*JDT mara ke final Piala FA 2023 bertemua KL City

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post