Siaran Langsung Kelantan United vs Sabah Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan United vs Sabah Live Streaming Liga Super 2023

Selain daripada aksi Piala FA, pada hari yang sama juga akan berlangsung dua lagi perlawanan dan salah satunya adalah antara Kelantan United FC dan Sabah FC yang mana ianya akan diadakan pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Pada pusingan pertama Liga Super, kedua-dua pasukan ini telah pun bertemu iaitu pada bulan Februari dalam minggu kedua. Dalam pertemuan kali pertama untuk musim ini, Sabah berjaya mengalahkan Kelantan United di Likas dengan jaringan tiga gol berbalas satu.

Kelantan United

Kelantan United kini berada di tangga kedua tercorot liga dengan hanya berjaya mengumpul 6 mata daripada empas belas perlawanan sebelum ini. Selain itu, mereka juga hanya berjaya meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Sabah

Manakala pasukan Sabah sepertinya berada di kedudukan yang baik iaitu di tangga ke-5 dengan mengumpul sebanyak 24 mata dalam jumlah perlawanan yang sama. Akan tetapi mereka sudah pun tewas dua kali berturut-turut sebelum ini.

Ini pastinya peluang yang terbaik untuk kedua-dua pasukan untuk mencipta sesuatu selepas berehat panjang sebelum ini. Pastinya mereka dahagakan tiga mata maksimum ketika bermain di Kelantan pada Isnin ini.

Jadi, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda yang bakal beraksi di atas padang. Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan United vs Sabah Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Kelantan United FC vs Sabah FC iaitu pada 26 Jun ini, hari Isnin, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di platform web dan aplikasi Sooka dengan melanggan pek Liga Malaysia serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

26 Jun 2023 (Isnin)

FT : Kelantan United (0) - (3) Sabah

Saddil Ramdani 23'
Stuart Wilkin 45+1'
Baddrol Bakhtiar 62'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post