Siaran Langsung Kelantan vs Sri Pahang Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan vs Sri Pahang Live Streaming Liga Super 2023

Selesai aksi skuad Harimau Malaya dan kini semua mata tertumpu kembali ke aksi Liga Super 2023 yang kini sudah memasuki minggu kelimat belas dan salah satu perlawanan yang berlangsung adalah antara Kelantan FC dan Sri Pahang FC iaitu pada 23 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada minggu kedua dalam bulan Februari. Dalam pertemua kali pertama untuk musim baru ini, Sri Pahang berjaya menewaskan Kelantan ketika itu dengan jaringan 4-1.

Kelantan FC

Selepas tamat pusingan pertama, Kelantan kini menduduki tangga tercorot liga dengan hanya mampu mengumpul 4 mata daripada 13 perlawanan. 5 Perlawanan terakhir mereka juga berkesudahan dengan tewas kesemuanya. Adakah pusingan kedua ini mereka mampu bangkit semula?

Sri Pahang FC

Sri Pahang kini berada di kelompok teratas dengan berada di tangga ke-4 liga. Daripada 14 perlawanan, mereka hanya tewas 2 kali sahaja dan kini sudah mengumpul 28 mata. Selepas tewas dua kali berturut-turut sebelum ini, mereka bangkit pada perlawanan terakhir mereka dan raih keputusan menang.

Kelantan sudah pastinya tidak ingin lagi tewas berkali-kali dalam saingan Liga Super dan pastinya mereka tidak mahu berada di dalam kelompok terbawah dalam carta. Tidak boleh tidak, mereka perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan mata maksimum.

Sri Pahang juga pastinya tidak mahu tewas walaupun bertandang ke tempat lawan. Mereka tidak mahu lagi keciciran mata dan pastinya ingin terus memberi tekanan kepada pasukan-pasukan di atas terutamanya pendahulu liga, JDT

Jadi, jangan lupa datang beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang khususnya untuk pasukan tuan rumah. Jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan vs Sri Pahang Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak aksi Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Kelantan FC vs Sri Pahang FC iaitu pada 23 Jun 2023, hari Jumaat, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

23 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (0) - (5) Sri Pahang

Sergio Aguero 7'
Fadhli Shas 48', 61'
Kpah Sherman 58', 86'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post