FIFA Day sudah selesai dan kini kembali semula ke saingan Liga Super. Sudah memasuki pusingan kedua untuk minggu kelima belas dan antara perlawanan yang berlangsung adalah antara Perak FC dan PDRM FC yang mana ianya akan diadakan pada 23 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Perak di Ipoh.
Pada pusingan pertama, mereka bertemu pada minggu kedua dalam bulan Februari. Dalam pertemuan kali pertama untuk musim baru ini, mereka terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ ketika itu. Masing-masing sama kuat dan sama handal.
Perak FC
Perak kini masih belum memenangi apa-apa mata dalam empat perlawanan terakhir mereka. Kesemua perlawanan tersebut, mereka tewas sekurang-kurangnya bolos sebanyak 3 gol. Adakah perlawanan menentang Perak ini mereka mambut meraih sesuatu?
PDRM FC
Berbeza dengan PDRM apabila mereka memenangi kesemua tiga perlawanan terakhir mereka termasuk menumbangkan dua gergasi Liga Super iaitu Sabah dan Selangor. Dengan momentum yang baik ini, pastinya tiada masalah untuk The Cops mencipta lagi kemenangan berdepan Perak pula.
Kini sudah memasuki crucial time. Kesemua pasukan inginkan kemenangan dan bawa pulang 3 mata maksimum. Dengan itulah, mereka mampu untuk memperbaiki kedudukan liga. Selain itu, ianya mampu meningkatkan moral pemain untuk beraksi lebih baik untuk perlawanan akan datang.
Oleh itu, ramai-ramai bagi kedua-dua pasukan untuk turun ke stadium untuk memberikan sokongan padu kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang. Jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Perak vs PDRM Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Perak FC vs PDRM FC iaitu pada 23 Jun ini, hari Jumaat, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Perak.
Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton live streaming di RTM Klik secara percuma atau menggunakan aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.
23 Jun 2023 (Jumaat)
FT : Perak (1) - (2) PDRM
Uche Agba 50'
Nabil Latpi 56'
James Okwuosa 73' (OG)
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka