Saingan Liga Super 2023 kini sudah memasuki pusingan kedua dengan bermulanya minggu keempat belas dan ianya diteruskan lagi dengan salah satu pertemuan iaitu antara Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim FC yang mana ianya akan berlangsung pada 9 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Pada pusingan awal liga, kedua-dua pasukan ini bertemu dalam perlawanan pertama yang mana juga berlangsungnya perebutan Piala Sumbangsih 2023. Dalam perlawanan tersebut, JDT menang terhadap Terengganu dengan jaringan dua gol kosong.
Terengganu
Terengganu kini sudah memenang tiga perlawanan berturut-turut termasuk Piala FA 2023. Dengan momentum yang ada, pastinya mereka inginkan sesuatu ketika berhadapan dengan pendahulu liga, JDT. Jika tidak mampu untuk tewaskan pun, sekurang-kurangnya untuk menjaringkan gol.
JDT
Peminat bola sepak sudah tahu bagaimana JDT kini mendominasi Liga Super 2023 yang mana mereka masih belum keciciran mata; masih belum tewas sekalipun seri berhadapan dengan mana-mana lawan. Ditambah pula, hanya satu gol sahaja yang bolos sepanjang perlawanan sebelum ini.
Atmosfera mungkin berbeza selepas ini. Pada pusingan pertama, perlawanan tersebut diadakan di Stadium Sultan Ismail dan kini Terengganu pula akan menjadi tuan rumah. Ini pastinya akan memberikan kelebihan kepada Terengganu sekali gus memiliki peluang untuk merencana sesuatu.
Oleh itu, ramai-ramai penyokong Terengganu untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada para pemain yang beraksi di atas padang. Inilah masanya untuk mereka beraksi dengan baik ketika berhadapan dengan juara sembilan kali Liga Super.
Jadual Dan Siaran Langsung Terengganu vs JDT Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak dimana mempertemukan Terengganu FC vs Johor Darul Ta'zim FC iaitu 9 Jun ini, hari Jumaat, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola CH803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh tonton live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya langgan pek Liga Malaysia 2023 bermula RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 secara bulanan.
9 Jun 2023 (Jumaat)
FT : Terengganu (1) - (3) JDT
Fernando Forestieri 21'
Sony Norde 28'
Bergson da Silva 45+3'
Endrick dos Santos 90+5'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka