Kini akan berlangsung perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 dan antaranya adalah melibatkan Malaysia dan Kepulauan Solomon yang mana akan berlangsung pada 14 Jun 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak Terengganu.
Kalendar FIFA untuk kali kedua bagi tahun 2023 ini adalah bermula dari 12 hingga 20 Jun 2023. Jadi sepanjang tempoh ini akan berlangsung perlawanan persahabatan antarabangsa bagi seluruh negara di dunia termasuklah Malaysia.
Selama dua minggu ini, skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan iaitu bertemu Kepulauan Solomon pada 14 Jun dan Papua New Guinea pada 20 Jun, seminggu selepas perlawanan pertama.
Jadi untuk perlawanan pertama ini, Malaysia akan bertemu Kepulauan Solomon (Solomon Island) iaitu sebuah negara dari Benua Ocenia. Pertemuan ini adalah yang kali pertama bagi kedua-dua pasukan dalam pentas Tier 1 ini.
Jika dilihat dalam rangking FIFA, Malaysia kini berada pada kedudukan 138. Manakala Kepuluan Solomon berada di rangking ke-134 dunia. Jika dilihat atas kertas pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan pelawat.
Meskipun begitu, inilah peluang untuk Malaysia berhadapan dengan pasukan yang lebih tinggi ranking, sekali gus boleh memperbiki kedudukan jika peroleh kemenangan. Bukan itu sahaja, skuad Kepulauan Solomo juga mempunyai lebih fizikal berbanding skuad Harimau Malaya. Ini pastinya pendedahan yang baik untuk mereka bagi menghadapi Asian Cup 2023 pada Januari depan.
Malaysia juga telah menunjukkan rentak permain yang baik dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini apabila memenangi kesemuanya iaitu ketika berdepan Turkmenistan (1-0) dan Hong Kong (2-0) pada Mac yang lalu.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Umu sudah ketahui, untuk perlawanan kali ini, ianya akan berlangsung di Terengganu iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Kalau sebelum ini, bermain di Selatan dan kini bergerak ke Pantai Timur pula.
Jadi orang Pantai Timur khususnya, boleh la datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasanan sekali gus memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya ketika bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.
Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang hanya dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga yang ditetapkan oleh FAM iaitu RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 sahaja untuk tiket kanak-kanak. Untuk penjualan tiket fizikal tiada jual di stadium.
Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 Malaysia vs Kepulauan Solomon
Untuk yang jauh dan tidak berkesempatan untuk datang ke stadium bagi menonton perlawanan ini secara live dengan lebih dekat, jangan risau. Kerana ianya juga turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv.
Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 serta tontonan secara online di platform Astro Go khusus untuk pengguna Astro. Selain itu, boleh juga live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka secara percuma.
Macam mana kalau tiada Astro? Jangan risau! Ini kerana match ini juga akan ditayangkan menerusi saluran di TV9. Boleh tonton di Astro 149 atau myfreeview 109. Kalau nak tonton secara online, boleh strim di aplikasi Tonton juga secara percuma.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kebangsaan untuk kesebelasan utama untuk pasukan Malaysia menentang Kepulauan Solomon dalam perlawanan ini
Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Kepulauan Solomon Untuk Perlawanan Persahabatan FIFA 2023
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia bertemu Kepuluan Solomon. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Friendly Match Tier 1 antara Malaysia vs Kepuluan Solomon pada 14 Jun ini, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
14 Jun 2023 (Rabu)
FT : Malaysia (4) - (1) Kepuluan Solomon
Raphael Lea'i 11'
Paulo Josue 40'
Arif Aiman Hanapi 45+2' (P)
Safawi Rasid 77'
Lee Tyck 90+1'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton