Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea Live Streaming Persahabatan 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Papua New Guinea Live Streaming Persahabatan 2023

Kini bakal memasuki perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 kedua bagi pasukan negara dengan melibatkan Malaysia dan Papua New Guinea yang mana akan berlangusng pada 20 Jun 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainabl Abidin di Gong Badak Terengganu.

Untuk perlawanan pertama, Malaysia berjaya menumpaskan pasukan yang berada di kedudukan ke-134 iaitu Kepuluan Solomon dengan jaringan 4 gol berbalas satu. Manakala Papua New Guinea meraih keputusan seri ketika berdepan dengan negara jiran, Singapura pada 16 Jun yang lalu.

Kini giliran Malaysia pula akan menguji kekuatan pasukan daripada Ocenia tersebut. Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 4 kali dan Malaysia memenanginya 3 daripadanya dan tewas sekali sahaja.

Kali terakhir mereka bertemu juga dalam Perlawanan Persahabatan iaitu pada November 2016 dengan Malaysia berjaya menewaskan Papua New Guinea dengan jaringan dua gol berbalas satu. Pada tahun yang sama, dalam bulan Jun sebelum itu, mereka telah bertemu dan Malaysia tewas dengan jaringan dua gol tanpa balas

Jika dibuat perbandingan dengan rangking FIFA, Malaysia kini berada di tangga ke-138 dunia. Manakala Papua New Guinea di kedudukan ke-159. Diatas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada skuad Harimau Malaya.

Tapi sudah pastinya, anak-anak buah Kim Pan Gon tidak mahu memandang rendah dengan kemampuan sebuah pasukan yang mempunyai kelebihan daripada fizikal berbanding pasukan negara. Cabaran akan lebih sukar ketika perebutan bola di udara.

Adakah Malaysia mampu sekali lagi meriah keputusan menang dan memberangsangkan seperti yang diperoleh dalam perlawanan pertama pada 14 Jun yang lalu? Atau Papua New Guinea yang akan mencipta sesuatu dalam perlawanan ini?

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Sama seperti pada perlawanan menentang Solomon Island dimana ianya juga turut akan diadakan di Pantai Timur iaitu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

Jadi orang pantai timur khususnya, boleh la datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana sekali gus memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaysia. Sebelum ini tiket berjaya dijual lebih daripada 12k. Kali ini, diharapkan lebih ramai yang datang.

Anda dah boleh mula beli tiket masuk yang hanya dijual secara online sahaja iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my dan tiada penjualan tiket fizikal. Harga yang ditetapkan adalah RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak.

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 Malaysia vs Papua New Guinea

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena 801 serta tonton secara online di Astro Go. Selain itu, boleh juga live streaming di aplikasi Sooka secara percuma.

Yang tiada Astro, jangan risau! Anda boleh saksikan juga menerusi TV9 di saluran Astro 149 atau myfreeview 109. Kalau nak tonton secara online di laptop atau di telefon pintar anda, boleh stim di Tonton secara percuma.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kebangsaan untuk kesebelasan utama untuk pasukan Malaysia menentang Papua New Guinea dalam perlawanan ini.

Kesebelesan utama pemain Malaysia vs Papua New Guinea Jun 2023

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Papua New Guinea Untuk Perlawanan Persahabatan FIFA 2023

Ini merupaakn jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia bertemu Papua New Guinea. Manakala untuk keptuusan perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Friendly Match Tier 1 antara Malaysia vs Papuan New Guinea pada 20 Jun ini, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

20 Jun 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (10) - (0) Papua New Guinea

Safawi Rasid 45+4' (P)
Paulo Josue 52', 64', 70'
Arif Aiman Hanapi 57', 60', 87', 89'
Faisal Halim 59'
Daniel Ting 76'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 & TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka & Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post