Selain aksi Piala FA, terdapat juga aksi Liga Super yang bakal berlangsung dalam hari yang sama iaitu pertemuan antara Negeri Sembilan FC vs Penang FC iaitu pada 26 Jun 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada minggu kedua dalam bulan Februari. Dalam pertemuan kali pertama untuk musim baru ini, Penang dan Negeri Sembilan terikat tanpa sebarang jaringan dalam tempoh 90 minit. Mereka berkongsi 1 mata dalam pertemuan pertama.
Negeri Sembilan FC
Negeri Sembilan kini berada di tangga kesembilan liga dengan mengumpul 18 mata daripada empat belas perlawanan. Kedudukan itu juga memisahkan satu anak tangga sahaja dengan pasukan lawannya iaitu Penang yang kini berada di tangga kesepuluh.
Sepertinya Negeri Sembilan masih belum jumpa rentak kemenangan kembali. Menerusi tiga perlawanan terakhir, mereka hanya berjaya mengutip 2 mata sahaja dan telah tewas sekali pada perlawanan terakhir sebelum ini
Penang FC
Penang sepertinya mengekori rapat Negeri Sembilan dengan mengumpul 15 mata dalam jumlah perlawanan yang sama. Jika dilihat dalam rekod persembahan terakhir mereka juga agak teruk apabila hanya berjaya peroleh 1 mata sahaja daripada empat perlawanan terakhir.
Sebelum keputusan seri pada minggu sudah, mereka telah tewas tiga kali berturut-turut. Adakah mereka mampu untuk mencatatkan kemenangan atau sekurang-kurangnya mencuri 1 mata daripada pasukan tuan rumah kali ini?
Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi memberikan tanda sokongan kepada pasukan kegemaran anda terutamanya daripada pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan. Dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.
Jadual Dan Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Penang Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Negeri Sembilan FC vs Penang FC iaitu pada 26 Jun 2023, hari Isnin, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 3 807 atau secara online di Astro Go. Boleh juga, tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
26 Jun 2023 (Isnin)
FT : Negeri Sembilan (1) - (1) Penang
Giovane Gomes 49'
Tommy Mawat 88'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go & Sooka