Siaran Langsung Sri Pahang vs KL City Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Sri Pahang vs KL City Live Streaming Liga Super 2023

Masuk hari ketiga, minggu ketiga belas untuk aksi Liga Super 2023 dan salah satu perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara Sri Pahang FC vs Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan berlangsung pada 4 Jun 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Ini merupakan perlawanan terakhir untuk pusingan pertama Liga Super untuk tahun 2023. Selepas ini, kesemua pasukan akan bertemu kembali dan kali ini venue akan bertukar dari Home ke Away dan sebaliknya sehingga ke penghujung musim.

Sri Pahang

Pasukan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang hanya tewas sekali sahaja setakat ini dalam saingan liga iaitu ketika berjumpa pendahulu liga, JDT pada minggu sudah. Kini mereka berada di tangga ketiga dengan mengumpul 25 mata.

KL City

Manakala KL City kini berada di tangga ketujuh dan sudah mengumpul 19 mata hasil daripada lima kemenangan, tiga kekalahan dan empat keputusan seri. Ini pastinya peluang terbaik untuk mereka perbaiki kedudukan ketika bertandang ke Darul Makmur.

Sri Pahang mampu memintas Selangor pada malam ini dan berada di kedudukan kedua liga, sekiranya mereka berjaya mengalahkan KL City. Manakala KL City akan naik ke tangga keenam, jika mereka juga mampu menang pada perlawanan ini.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Sri Pahang vs KL City dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Sri Pahang vs KL City

Cara Beli Tiket Masuk Secara Online

Orang ramai kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk sama ada pembelian secara online di laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal di kaunter di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs KL City

Bagi anda yang menonton perlawanan ini di rumah, anda boleh saksikan secara langsung yang dibawakan menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Untuk yang sudah biasa menggunakan aplikasi Sooka, anda boleh terus menggunakan platform tersebut dengan live streaming perlawanan ini secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs KL City Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak iaitu mempertemukan antara Sri Pahang dan KL City. Manakala untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS13 antara Sri Pahang FC vs Kuala Lumpur City FC pada 4 Jun ini, hari Ahad, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

4 Jun 2023 (Ahad)

FT : Sri Pahang (1) - (2) KL City

Tchetche Kipre 5'
Stefano Brundo 58' (P)
Paulo Josue 76'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post