Saingan Piala FA 2023 kini sudah memasuki pusingan Separuh Akhir dan antara pasukan yang akan bertembung kali ini adalah Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan diadakan pada 25 Jun 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Di semi final pastinya akan ada 2 pertembungan yang bakal berlangsung. Satu yang berlangsung di Terengganu dan satu lagi perlawanan adalah melibatkan juara bertahan Johor Darul Ta'zim FC dan Selangor FC yang akan bermain di Johor.
Terengganu FC
Terengganu berjaya mara ke pusingan ini apabila pada suku akhir mereka bertemu dengan pasukan Kelantan dalam pertembungan Derby Pantai Timur. Perlawanan tersebut memihak kepada pasukan tuan rumah apabila berjaya menang dengan jaringan 4-2 dalam tempoh 90 minit.
Kuala Lumpur City FC
Berbeza dengan KL City apabila mereka bertemu sebuah pasukan gergasi dari Borneo iaitu Sabah dan ditambah pula bermain di tempat lawan. Tetapi semua itu bukan alasan untuk pasukan bimbingan Bojan Hodak apabila berjaya mengenepikan pasukan tuan rumah dengan kejayaan jaringan 1-2 sekali gua membawa KL City ke separuh akhir.
Jadi pertembungan antara dua pemenang dalam pusingan seterusnya ini pastinya nampak lebih menarik. Mereka pernah bertemu sekali dalam saingan Liga Super, tetapi berakhir dengan tanpa sebarang jaringan. Pasukan manakah agaknya berjaya mara ke final?
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu vs KL City dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk kedua-dua penyokong yang ingin datang ke stadium terutamanya untuk penyokong tuan rumah, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau dapat tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Piala FA Separuh Akhir 2023 Terengganu vs KL City
Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi dua penyiar rasmi Liga Malaysia 2023 iaitu RTM dan Astro. Anda boleh tonton di Astro Arena 801, Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Manakala untuk di RTM, anda boleh saksikan di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tontonan secara digital online, boleh menggunakan rtmklik.rtm.gov.my atau downlod aplikasi RTM Klik.
Alternatif lain, anda boleh menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada apa-apa langganan. Anda boleh live streaming perlawanan ini secara percuma menerusi saluran RTM yang disediakan.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs KL City Piala FA 2023 Separuh Akhir
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara Terengganu dan KL City. Untuk keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa untuk saksikan aksi Pial FA 2023 untuk pusingan separuh akhir antara Terengganu FC vs Kuala Lumpur City FC pada 25 Jun ini, hari Ahad, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
25 Jun 2023 (Ahad)
AET : Terengganu (0) - (0) KL City (Penalti : 2-4)
*KL City berjaya ke Final Piala FA 2023
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Sooka