Jadual Siaran Langsung Pre Season Arsenal 2023

Jadual Siaran Langsung Pre Season Arsenal 2023

Ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat The Gunners apabila Arsenal akan memulakan aksi pre season mereka menerusi perlawanan persahabatan iaitu bermula dari 14 Julai hingga 3 Ogos 2023 termasuklah USA Tour.

Dalam tempoh tersebut, sebanyak 5 perlawanan yang akan ditempuhi oleh skuad kendalia Mikel Arteta yang mana antara pasukan lawan yang terlibat ialah FC Nunberg, Manchester United, Barcelona, Monaco dan perlawanan khas menentang MLS All-Stars.

Pastinya peminat ramai yang teruja dengan kembalinya pasukan kesayangan anda ini. Kini anda boleh saksikan pemain-pemain kembali beraksi di atas padang untuk aksi bola sepak. Ditambah pula dengan barisan pemain baru yang dibawa masuk.

Untuk rekod, kali terakhir kita dapat saksikan aksi kelab Arsenal ini adalah dalam saingan Premier League pada Mei yang lalu. Ketika itu, Arsenal menutup cerita sebagai naib juara EPL dengan membelasah Wolves sebanyak lima gol tanpa balas.

Itu semua kisah pada musim 2022/2023. Kini fokus untuk musim terbaru 2023/2024. Dengan itu, pemain-pemain perlu bersedia daripada segala aspek untuk sekali lagi memburu kejuaraan dan kecapi takhta liga. Perlawanan pramusim ini adalah medan terbaik untuk buat persediaan awal.

Disini. Arteta sekali lagi boleh mengatur strategi yang baru mengikut barisan pemain yang ada. Seperti pasukan-pasukan lain juga, untuk aksi persahabatan, selain daripada pemain-pemain utama, pemain akademi turut juga akan diberi peluang untuk beraksi. Pastinya lebih ramai yang boleh dibawa ke skuad utama kelak.

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk saksikan, apakah pendekatan terbaru yang dibawa oleh Mikel Arteta bagi membina sebuah pasukan yang lebih kuar pada musim akan datang supaya takhta kejuaraan itu tidak terlepas lagi kali ini.

Jadual Dan Siaran Langsung Pre Season Arsenal 2023

Jadi jangan terlepas untuk saksikan siaran langsung untuk 5 perlawanan sepanjang aksi pre season Arsenal 2023 iaitu bermula dari 14 Julai hingga 3 Ogos 2023 di beberapa buah negara terlibat iaitu Jerman dan USA.

Walaubagaimanapun, khusus untuk pengguna di Malaysia, tiada siaran langsung yang akan dibawakan atau ditayangkan sama ada menerusi Astro mahupun mana-mana saluran tv. Tetapi anda boleh live streaming di website arsenal.com dan aplikasi telefon pintar.

Jadi untuk menonton perlawanan tersebut, anda perlu langgan terlebih dahulu dengan beberapa pas yang ditawarkan. Anda boleh beli untuk semua perlawanan dengan harga £15.99 (RM96.00) atau satu-satu perlawanan dengan harga bermula £4.99 (RM30) per perlawanan. Info lanjut disini.

Berikut merupakan jadualn penuh bagi setiap perlawanan yang berlangsung dengan mengikut waktu Malaysia (MYT). Keputusan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit.

14 Julai 2023 (Jumaat)

FC Nurnberg vs Arsenal

Masa : 1.00 Pagi
Tempat : Max-Morlock-Stadion, Nuremberg Germany
Live Streaming : Arsenal.com

20 Julai 2023 (Khamis)

MLS All-Start

Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Audi Field Stadium, Washington DC
Live Streaming : Arsenal.com

23 Julai 2023 (Ahad)

Manchester United vs Arsenal

Masa : 5.00 Pagi
Tempat : MetLife Stadium, New York
Live Streaming : Arsenal.com

27 Julai 2023 (Khamis)

Arsenal vs Barcelona

Masa : 10.30 Pagi
Tempat : Sofi Stadium, Los Angeles
Live Streaming : Arsenal.com

3 Ogos 2023 (Khamis)

Arsenal vs Monaco

Masa : 1.00 Pagi
Tempat : Emirates Stadium
Live Streaming : Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post