Saingan Piala FA 2023 kini sampai ke penghujung iaitu Final dimana akan mempertemukan Johor Darul Ta'zim FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan berlangsung pada 22 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.
Ini merupakan pertembungan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan bagi musim 2023. Kedua-dua pertemuan sebelum ini adalah dalam saingan Liga Super yang mana ianya memihak kepada JDT dengan kemenangan 3-0 dan 6-1. Kali tiga ini adakah KL City mampu memberikan sesuatu?
JDT
Aksi yang luar biasa telah ditonjolkan oleh pasukan JDT dalam saingan Piala FA kali ini. Manakan tidak, dalam tiga perlawanan sebelum ini, mereka tidak melepas walaupun satu gol dan telah menjaringkan dua belas gol.
Bermula di pusingan 16 terbaik, JDT menjaringkan tiga gol kita berhadapan dengan PDRM. Kemudian menang lebih besar 5 gol ketik bertemu Penang di suku akhir. Pada separuh akhir, mereka berjaya menewaskan Selangor dengan 4 gol.
Dua pertembungan sebelum ini, JDT memang. Perlawanan dalam pusingan sebelum-sebelum ini, JDT tidak pernah dibolosi. Adakah KL City kali ini mampu untuk memberikan saingan dan merampai trofi dariapda JDT yang dimenangi pada tahun 2022 ini?
KL City
Tetapi jalan yang dihadapi oleh KL City juga bukanlah dihampar dengan karpet merah. Pada pusingan pertama, mungkin mereka bernasib baik apabila telah diundi bertemu dengan pasukan Liga M3 iaitu Imigresen dan tanpa berdepan masalah menang dengan jaringan 2-0.
Tetapi bermula di Suku Akhir, KL City sudah bertemu halangan yang besar. Mereka perlu berhadapan dengan antara pasukan top of league iaitu Sabah dan ditambah pula bermain di Likas iaitu kubu kuat pasukan dari Borneo tersebut.
Walaupun begitu, mereka tidak gentar apabila berjaya menghadapi dengan jayanya apabila dapat mengalahkan Sabah dihadapan ribuan penyokong tuan rumah denanga jaringan tipis 2-1 dalam tempoh 90 minit.
Tidak cukup dengan itu, mereka sekali lagi perlu bermain di tempat lawan iaitu di Terengganu dan juga perlu berhadapan dengan ribuan penyokong yang hadir. Saingan yang sengit sehinggakan tiada jaringan dihasilkan dalam tempoh 90 minit dan masa tambahan.
Pemenang perlu diputuskan dalam penentuan sepakan penalti. Tuah berpihak kepada KL City apabila memenang tendangan tersebut dengan jaringan 5-3. Dari separuh akhir dan kini KL City berjaya mara ke final.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri telah dipilih menjadi venue bagi saingan akhir Piala FA 2023. Mungkin ada sedikit kelebihan untuk pasukan JDT yang menjadi homeground mereka. Tetapi agihan tiket dibuat secara adil iaitu separuh untuk penyokong JDT dan separuh untuk KL City.
Seperti yang ditetapkan oleh pihak MFL sebelum ini, harga tiket masuk berbeza mengikut tier iaitu bermula RM50, RM100, RM150 (MFL Premium & FA Cup Premium) dan RM200 untuk Grandstand MFL
Tiket pula tidak ada dijual di stadium, sebaliknya anda hanya boleh dapatkan tiket secara online sahaja iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Dapatkan tiket sebelum sold out.
Siaran Langsung Piala FA 2023 Final JDT vs KL City
Perlawanan ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi dua penyiar rasmi Liga Malaysia 2023 iaitu RTM dan Astro. Anda boleh tonton di Astro Arena 801, Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.
Manakala untuk di saluran RTM, anda boleh saksikan di siaran TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tontonan secara digital online, boleh pergi ke website rtmklik.rtm.gov.my atau download aplikasi RTM Klik secara percuma.
Alternatif lain, anda boleh juga boleh live streaming di platform web atau aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada apa-apa langganan. Anda boleh tonton secara percuma iaitu menerusi saluran RTM yang disediakan.
Jadual Dan Keputusan JDT vs KL City Final Piala FA 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Final Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara JDT dan KL City. Untuk keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa untuk saksikan aksi Piala FA 2023 untuk pusingan Akhir antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC pada 22 Julai ini, hari Sabtu jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim
22 Julai 2023 (Sabtu)
FT : JDT (2) - (0) KL City
Hong Wan 66'
Leandro Velazquez 74'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Sooka
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) JUARA PIALA FA 2023