Siaran Langsung JDT vs KL City Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs KL City Live Streaming Liga Super 2023

Minggu kelima belas Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan tiga perlawanan berbaki dan salah satu daripadanya adalah pertemua antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Jika mengikut aksi dalam liga, ini pertemua kali kedua untuk kedua-dua pasukan dan kali pertama mereka bertemu pada pusingan pertama yang lalu iaitu berlangsung dalam bulan Februari untuk minggu kedua. Ketika itu, JDT berjaya menumpaskan KL City dengan jaringan tiga gol kosong.

Manakala jika dalam aksi Piala FA pula, kedua-dua pasukan ini baru sahaja menumpaskan lawan masing-masing di pusingan separuh akhir. JDT mengalahkan Selangor dengan jaringan 5-0, manakala KL City tumbangkan Terengganu di Gong Badak menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kemenangan tersebut, JDT dan KL City bakal berentap di final Piala FA 2023 pada hujung bulan ini. Dalam bulan Julai, mereka akan bertemu dua kali. Kita boleh tengok dan nilai, mungkin perlawanan ini adalah pre-match kepada final nanti.

Tapi untuk saingan liga ini, adakah untuk pusingan kedua kali ini, KL City mampu memberikan sesuatu kepada pendahulu liga, JDT? Atau JDT akan terus kebal tanpa keciciran mata serta kurang dibolosi daripada mana-mana pasukan yang berhadapan dengan mereka?

Johor Darul Ta'zim FC

Persembahan JDT untuk musim 2023 kali ini cukup hebat jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah. Setakat empat belas perlawanan, mereka masih belum keciciran mata; ini bermakna mereka belum tewas mahupun meraih keputusan seri kepada mana-mana pasukan.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh perlawanan yang sama juga, mereka hanya bolos 2 gol sahaja termasuk juga saingan Piala FA. Bukan sahaja sukar untuk menumpaskan dan mencuri mata daripada pasukan JDT, malah untuk jaringkan gol pun tidak mudah.

Terengganu yang telah berhadapan dengan JDT di tempat lawan dan halaman sendiri juga masih belum mampu untuk menandingi atau mencuri satu mata daripada pasukan Harimau Selatan tersebut. Adakah KL City mampu untuk berbuat sesuatu kali ini?

Kuala Lumpur City

KL City mungkin berjaya dalam saingan Piala FA sehingga mampu untuk lolos ke final, tetapi dalam saingan liga mereka agak tidak konsisten terutamanya dalam lima perlawanan terakhir mereka baik bermain di tempat lawan atau di halaman sendiri.

Dalam tempoh tersebut, mereka hanya menang dua kali, seri dua kali dan tewas sekali. Selain itu, mereka tidak mampu untuk meneruskan rentak kemenangan untuk perlawanan seterusnya. Lepas menang, kemudian seri dan menang kembali.

Dengan keputusan tersebutlah, mereka kini berada di pertengahan liga iaitu ditempat keenam dengan mengumpul 23 mata. Jika mereka tidak berjaya peroleh 3 mata, mungkin akan dipintar oleh pasukan Terengganu jika mereka menang menentang Kedah.

Sekali lagi panggilan untuk penyokong pasukan JDT untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan aksi terhebat permainan bola sepak sekali gus memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda. Dapatkan tiket sekarang yang boleh dibeli secara online menerusi www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs KL City Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Johor Darul Ta'zim FC vs Kuala Lumpur City FC iaitu pada 3 Julai ini, hari Isnin, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail.

Selain itu, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka secara percuma. Tanpa perlu kepada apa-apa langganan.

3 Julai 2023 (Isnin)

FT : JDT (6) - (1) KL City

Diogo 12', 33', 44'
Arif Aiman Hanapi 13'
Matko Zirdum 54'
Safiq Rahim 86'
Akhyar Rashid 88'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post