Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Live Streaming Liga Super 2023

Minggu keenam belas Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk hari kedua dengan melibatkan tiga perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan Johor Darul Ta'zim FC vs Negeri Sembilan FC iaitu pada 8 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Jika mengikut aksi dalam saingan liga, ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dan kali pertema mereka bertemu pada pusingan pertama yang lalu iaitu berlangsung dalam bulan Mac untuk minggu ketiga. Ketika itu JDT membelasah Negeri Sembilan sehingga tujuh gol tanpa balas.

Untuk musim terbaru ini, keputusan tersebut menjadikan jaringan terbesar yang pernah dicatatkan dalam sesebuah perlawanan. Tetapi ianya bukanlah perkara luar biasa yang kita dapat lihat. Ini kerana musim kali ini JDT sepertinya sangat kuat dan tiada tandingan.

Adakah untuk pusingan kedua kali ini, Negeri Sembilan mampu untuk memberikan sesuatu kepada pendahulu liga, JDT? Atau JDT akan terus kebal tanpa hilang sebarang mata? Ataupun adakah mereka jika tidak akan beri peluang langsung untuk menjaringkan gol dan ditambah pula bermain di halaman sendiri?

Johor Darul Ta'zim FC

Siapa sangka, dalam lima belas perlawanan sebelum ini, JDT tidak pernah tewas mahupun seri ketika berhadapan dengan semua pasukan dalam saingan liga. Tidak cukup dengan itu, mereka hanya bolos dengan tiga gol sahaja.

Lebih hebat, dalam saingan Piala FA iaitu sebanyak tiga perlawanan yang diharungi, mereka juga masih belum bolos bermula pada pusingan kedua, suku akhir dan separuh akhir. Kini mereka berjaya ke final untuk kali kedua berturut-turut.

Dalam saingan Piala FA mereka hebat dan dalam saingan liga juga mereka memberikan full commitment untuk mengejar takhta juara Liga Super untuk kali kesepuluh berturut-turut. Semua pemain menunjukkan persembahan yang baik bagi setiap perlawanan.

Negeri Sembilan FC

Negeri Sembilan bukanlah berada dalam persembahan terbaik mereka. Jika dilihat dalam tiga perlawanan terakhir, mereka hanya mampu meraih 2 mata sahaja iaitu dengan dua kali seri dan tewas sekali, termasuklah keciciran mata kepada pasukan bawahan liga.

Dengan keputusan tersebut, kini mereka berada di tangga kesembilan dengan mengumpul 19 mata. Berbanding JDT yang unggul di persada liga dengan 45 mata. Jika dihitung, mereka kini dibezakan dengan 26 mata.

Untuk penyokong pasukan tuan rumah, JDT, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan pasukan anda bermain sekali gus memberikan sokongan anda. Jadi dapatkan tiket segera yang kini boleh dibeli secara onilne menerusi www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs Negeri Sembilan Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS16 dimana mempertemukan Johor Darul Ta'zim FC vs Negeri Sembilan FC iaitu pada 8 Julai ini, hari Sabtu, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail.

Selain itu, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan pek Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90.

8 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) Negeri Sembilan

Feroz Baharudin 21'
Leandro Velazquez 44'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post