Siaran Langsung Kelantan United vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan United vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

Untuk minggu kelapan belas bagi saingan Liga Super 2023 terdapat dua perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Kelatan United FC vs PDRM FC.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 28 Julai 2023, hari Jumaat, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Pertemuan Kelantan United Dan PDRM Dalam Saingan Liga

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana mereka pernah bertemu pada bulan Mac yang lalu juga dalam saingan liga ketika LS5.

Perlawanan yang ketika itu berlangsung di Petaling Jaya telah memenangkan dan berpihak kepada tuan rumah ketika itu iaitu PDRM dengan jaringan 2-0.

Manakala untuk kedudukan terkini, Kelantan United di tangga kedua tercorot liga dengan hanya mengumpul 7 mata sahaja. Manakala PDRM di tempat kelapan dengan 23 mata setakat ini.

Mampukah Kelantan United Kecapi Kemenangan

Bermain di tempat sendiri yang mana sedikit sebanyak akan memberikan kepada pasukan tuan rumah. Tetapi adakah kali ini Kelantan United mampu untuk mengambil kesempatan tersebut?

Manakan tidak, dalam 17 perlawanan sebelum ini, mereka hanya mampu menang sekali sahaja dan telah tewas sebanyak 12 kali. Kini mereka bertemu kembali dengan pasukan yang pernah menewaskan mereka sebelum ini.

Tiada Masalah Untuk PDRM

Jika dilihat dalam kedudukan liga juga, jaraknya sangat jauh dan secara atas kertas kita boleh lihat pasti tiada masalah untuk pasukan pelawat PDRM memperoleh mata maksimum.

Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan juga menggambarkan PDRM pasti boleh menang perlawanan ini. Dari 5, PDRM menang 3, tewas dan seri masing-masing sekali sahaja.

Manakala Kelantan United telah tewas 3 kali, menang dan seri masing-masing sekali sahaja. Tambahan pula, minggu lalu mereka juga tewas kepada pasukan lawan.

Atas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada PDRM. Tetapi inilah bola sepak, segala kemungkinan boleh berlaku.

Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan United vs PDRM Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Kelantan United FC dan PDRM FC yang akan berlangsung pada Jumat ini, bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Untuk yang tidak ke stadium, boleh saksikan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.

Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming menggunakan aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023.

28 Julai 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan United (2) - (2) PDRM

Nabil Latpi 47'
Uche Agba 54'
OJ Porteria 56'
Sharvin Selvakumaran 71'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post