Kini sudah memasuki minggu ketujuh belas untuk saingan Liga Super 2023 dan antara perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan antara Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim FC iaitu pada 14 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Jika mengikut aksi dalam saingan liga, ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dan kali pertama mereka bertemua adalah pada bulan Mac lalu untuk saingan minggu keempat ketika pusingan pertama. Ketika itu, JDT menang besar terhadap Kelantan dengan keputusan lima gol berbalas satu.
Perlawanan itu juga merupakan kali pertama JDT bolos iaitu menerusi penalti selapas tiga perlawanan. Sejak dari itu juga, agak sukar untuk pasukan lain menjaringkan gol ketika berhadapan dengan Harimau Selatan. Sehingga kini hanya 3 gol sahaja dilepaskan.
Adakah untuk pusingan kedua kali ini, Kelantan sekali lagi mampu untuk menjaringkan gol sama seperti sebelum ini? Atau JDT tidak akan beri peluang kali kedua dan sekali gus terus mencatat kemenangan ketujuh belas berturut-turut?
Kelantan FC
Kelantan FC masih menggunguli carta dari bawah untuk beberapa minggu sebelum ini. Mereka kini berada di tangga keempat belas, tangga tercorot dan hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja. Hanya pernah menang sekali, seri sekali.
Daripada lima belas perlawanan, mereka sudah tewas tiga belas kali iaitu terbanyak berbanding pasukan-pasukan lain. Bukan itu sahaja, Kelantan juga merupakan pasukan yang paling banyak bolos setakat ini iaitu 56 gol.
Kini pula mereka akan bertemu pasukan yang berada di puncak tertinggi liga. 'Clash of top and bottom league'. Adakah mereka mampu untuk serap tekanan serangan daripada penyerang-penyerang JDT sekali lagi nanti? Nantikan...
Johor Darul Ta'zim FC
Bagai langit dan bumi jika buat berbandingan JDT dan Kelantan kini. Menjadi pasukan yang paling banyak meriah kemenangan dan satu-satunya menang kesemua perlawanan sejak saingan liga bermula pada Februari yang lalu.
Dengan 48 mata yang diperoleh iaitu mata maksimum ketika ini, adakah akan ada pasukan yang mampu gugat kedudukan tersebut? Saingan liga juga kini sudah memasuki separuh perjalanan. Mungkin trofi juara akan terus di simpan di Johor?
Apa-apapun untuk penyokong tuan rumah, Kelantan, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium bagi menyaksikan pasukan anda bermain sekali gus memberikan sokongan. Dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau boleh beli di jual di perkarangan stadium.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan vs JDT Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS17 dimana mempertemukan Kelantan FC vs Johor Darul Ta'zim FC iaitu pada 14 Julai ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Selain di stadium, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan Pek Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 per perlawanan.
14 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Kelantan (0) - (5) JDT
Fernando Forestieri 9', 60'
Oscar Arribas 23'
Bergson 64'
Akhyar Rashid 77'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka