Minggu kelapan belas untuk aksi Liga Super 2023 kini sudah memasuki hari kedua dan bakal berlangsung tiga lagi perlawanan yang mana antaranya adalah pertemua Kuala Lumpur City FC vs Kelantan FC.
Perlawanan ini akan berlangsung pada belah petang 29 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 5.30 petang bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.
Pertemuan KL City Dan Kelantan Dalam Saingan liga
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan untuk musim 2023. Sebelum ini mereka pernah bertemu pada bulan Mac iaitu ketika minggu kelima (LS5).
Perlawanan tersebut telah berlangsung di Kota Bharu yang mana Kelantan menjadi tuan rumah. Kedua-duanya mempamerkan aksi hebat tidak mahu tewas. Akhirnya mereka pulang dengan berkongsi satu mata apabila seri dengan jaringan 2-2.
Untuk kedudukan liga, KL City berada di tangga keenam dan telah mengumpul 27 mata. Manakala Kelantan masih berada di tempat tercorot dengan hanya 5 mata sahaja.
Adakah Kelantan Terus Dihimpit Kekalahan
Dalam 17 perlawanan liga, Kelantan setakat ini hanya mampu menang sekali sahaja. Pada minggu sudah pun, Kelantan hanya mampu meraih satu mata sahaja ketika bertemu pencabar kedudukan bawah liga.
Kini mereka kembali untuk bertemu pasukan teratas yang sedikit sebanyak akan menyukarkan misi untuk mencari mata tambahan. Tambahan pula, KL City pastinya masih bersemangat apabila menang pada perlawanan sudah.
Tiada Masalah Untuk KL City
Jika dilihat dalam kedudukan liga, jarak untuk kedua-dua liga amat ketara. Di atas kertas, pastinya tiada masalah untuk KL City mendapatkan mata maksimum. Tambahan pula bermain di tempat sendiri.
Tetapi perlu dilihat apabila KL City baru sahaja kehilangan ketua jurulatih mereka Bojan Hodak atas perletakan jawatan dan dikatakan akan diganti dengan bekas ketua jurulatih Penan FC iaitu Nenad Bacina.
Pastinya KL City tidak mahu rentak kemengan yang diperoleh daripada perlawanan sebelum ini hilang ketika bertemu Kelantan walaunpun kehilangan seorang individu penting yang telah menaikkan pasukan tersebut.
Jadual Dan Siaran Langsung KL City vs Kelantan Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Kuala Lumpur City FC dan Kelantan FC yang akan berlangsung pada Sabtu ini, bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Untuk yang tidak ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka dan melanggan Pas Liga Malaysia 2023
29 Julai 2023 (Sabtu)
FT : KL City (5) - (1) Kelantan
Leandro Rolon 3'
Zhafri Yahya 26'
Romel Morales 47', 65', 90+1'
J. Partiban 84'
Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Bolasepak KL
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka