Siaran Langsung Kuching City vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kuching City vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Antara perlawanan yang berlangsung pada hari kedua minggu kelapan belas saingan Liga Super 2023 adalah Kuching City FC vs Kedah Darul Aman FC iaitu pada 29 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana mereka pernah bertemu sebelum ini juga dalam saingan liga iaitu minggu kelimat (LS5) dalam bulan Mac 2023.

Perlawanan ketika itu berlangsung di Darul Aman. Pasukan tuan rumah tidak mensia-siakan peluang apabila berjaya menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan tiga gol tanpa balas.

Kedua-dua pasukan ini seperti dipisahkan dengan jarak yang jauh dalam kedudukan liga. Kuching City berada di tangga ketiga tercorot 7 mata, manakala Kedah di tangga ketiga teratas dengan 34 mata.

Jadi ini sepertinya perlawanan antara langit dan bumi. Adakah Kuching City yang berkelebihan bermain di tempat sendiri mampu untuk sekurang-kurangnya mencuri mata dalam perlawanan ini?

Atau Kedah akan meneruskan rentak kemenangan untuk ketiga kali apabila sudah memenanginya dua kali berturut-turut sebelum ini?

Jadual Dan Siaran Langsung Kuching City vs Kedah Di Liga Super 2023

Berikut jadual bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Kuching City FC vs Kedah FC iaitu pada 29 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Negeri.

Jangan lupa saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go untuk pelanggan Pek Sukan Astro.

Selain itu, boleh juga tonton secara live streamiing menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan pas satu perlawanan berharga RM7.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (1) Kedah

Ifedayo Omosuyl 39'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post