Perlawanan pembukaan untuk aksi pre season bagi pasukan Arsenal akan bertemu FC Nurnberg dimana ianya akan berlangusng pada 14 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Max-Morlock-Stadion, Nuremberg di Jerman.
Arsenal akan memulakan aksi pramusim mereka kali ini pada 14 Julai hingga 3 Ogos 2023. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 5 perlawanan yang akan mereka tempuhi termasuklah dalam US Tour bermula pada 20 Julai kelak.
BACA : Jadual Penuh 5 Perlawanan Pre Season Arsenal 2023
Dalam tempoh ini juga, selain daripada FC Nurnberg, skuad kendalian Mikel Arteta akan bertemu beberapa pasukan dengan nama besar lain juga antaranya Manchester United, Barcelona dan AS Monaco.
Pastinya peminat-peminat The Gunners tidak sabar untuk menyaksikan kembali aksi pemain-pemain Arsenal terutamanya selepas beberapa nama baru yang sudah di rekrut untuk musim terbaru ini antaranya ialah Kai Havert dan mungkin Declan Rice juga bakal menyusul.
Untuk rekod, FC Nurnberg merupakan sebuah pasukan yang berpengkalan di liga jerman iaitu di Bundesliga 2. Pada musim 2022/2023 yang lalu, pasukan tersebut mengakhiri cabaran ditempat ke-14 daripada 18 pasukan dengan mengumpul 39 mata.
Manakala Arsenal merupakan pasukan yang bermain di Premier League dan merupakan naib juara untuk musim yang sama. Mereka terpaksa akur apabila ketinggalan pada saat-saat akhir kepada juara EPL, Manchester City dengan dibezakan 5 mata sahaja.
Selain itu, kedua-dua pasukan ini sebenarnya hanya pernah bertemu sekali sahaja iaitu pada Julai 2022 juga menerusi perlawanan persahabatan. Ketika itu, Arsenal berjaya menewaskan FC Nurnberg dengan jaringan 5 gol berbalas 3.
Senarai Kesebelasan Utama FC Nurnberg vs Arsenal Di Pre Season 2023
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan FC Nurnberg dan Arsenal dalam perlawanan ini
Jadual Siaran Langsung Dan Live Streaming Aksi Pre Season 2023 FC Nurnberg vs Arsenal
Jadi untuk peminat-peminat Arsenal, jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan pertama Pre Season 2023 antara Arsenal vs FC Nurnberg yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, pukul 1.00 pagi waktu Malaysia bertempat di Max-Morlock-Stadion.
Tiada tayangan siaran langsung baik menerusi saluran Astro atau mana-mana saluran tv untuk penonton di Malaysia. Tetapi anda masih boleh live streaming menerusi arsenal.com dengan melanggan pas satu perlawanan berharga £6.99 (RM42) dengan klik disini.
14 Julai 2023 (Jumaat)
FC Nurnberg vs Arsenal
Masa : 1.00 Pagi (waktu Malaysia)
Temapt : Max-Morlock-Stadion
Tayangan : -tiada-
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2