Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs Selangor Live Streaming Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu kelapan belas Liga Super 2023 terdapat tiga perlawanan yang berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC vs Selangor FC.

Perlawanan ini merupakan yang terakhir pada hari ini yang mana ianya akan diadakan pada 29 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri

Pertemuan JDT Dan Selangor Dalam Saingan Liga

Ini pastinya menjadi 'match of the week kali ini' dimana mempertemukan dua buah pasukan teratas liga. JDT kini mengungguli tangga pertama dan diikuti dengan Selangor di tangga kedua.

Jika dalam saingan liga, ini pertemuan kali kedua. Tetapi sebelum itu, mereka pernah bertemu sekali lagi dalam saingan Piala FA ketika di pusingan separuh akhir.

Pertemuan pertama berlangsung pada minggu kelimat (LS5) pada Mac yang lalu dimana JDT menang 4-0. Ketika itu bermain di Petaling Jaya. Pertemuan kedua pula di Piala FA, JDT juga menang 4-0 yang mana ketika itu bermain di SSI.

JDT Akan Tetap Terus Mempertahankan Kedudukan Teratas

Jika dilihat daripada keputusan perlawanan, sama ada bermain di Selangor atau di Johor masih berpihak kepada JDT. Kali ini pula akan bermain di Johor sekali lagi.

Dalam kedua-dua pertemuan itu juga dimenangi oleh JDT dengan jaringan yang besar. Ditambah lagi, JDT tidak pernah tewas atau seri pun setakat ini. Bolos pula hanya 3 kali sahaja.

Bermain di kubu kuat pasukan JDT, pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Mungkin tiada masalah untuk menewaskan Selangor sekali lagi kali ini.

Selangor Berhadapan Dengan Tugas Sukar

Apakah strategi yang akan digunakan oleh Selangor kali ini ketika berhadapan dengan JDT untuk kali ketiga. Adakah approach yang sama atau akan ada senjata baru?

Tetapi mereka perlu ingat, ayam tambatan mereka iaitu Faisal Halim tidak dapat diturunkan berikutan penggantungan perlawanan selama sebulan. Akan adakah pengganti yang mampu mengisi kekosongan tersebut?

Selangor pastinya tidak mahu juga keciciran mata yang mana pasti akan mengganggu-gugat kedudukan di tempat kedua. Slot Asia dicari untuk musim hadapan itu penting untuk pasukan tersebut.

Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs Selangor Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Johor Darul Ta'zim FC dan Selangor FC yang akan berlangsung pada Sabtu ini, bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Untuk yang tidak ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta secara online di RTM Klik.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Ianya ditayangkan di RTM, jadi anda boleh stream secara percuma, tanpa apa-apa langganan.

29 Julai 2023 (Sabtu)

FT : JDT (2) - (0) Selangor

Heberty 79'
Bergson da Silva 90+3' (P)

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post