Untuk hari ketiga Liga Super 2023 bagi minggu ketujuh belas ini akan ada dua lagi perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara PDRM FC vs Terengganu FC iaitu pada 16 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana mereka pernah bertemu sebelum ini juga dalam sainga liga iaitu ketika pusingan pertama dalam bulan Mac yang lalu di minggu keempat (LS4).
Perlawanan ketika itu berlangsung di Gong Badak. Kedua-duanya memberikan saingan yang sengit terutamanya mencari gol kemenangan. Tetapi perlawanan berpihak kepada tuan rumah apabila Terengganu berjaya menjaringkan satu gol yang juga bukti kemenangan pada malam tersebut.
Kedua-dua pasukan ini berada di tengah liga dan mata juga tidak terlalu jauh. PDRM kini berada di tangga kelapan liga dengan 22 mata yang diperoleh setakat ini. Manakala Terengganu dengan 24 mata berada di tangga keenam liga.
Hanya 2 mata yang memisahkan antara mereka. Jika PDRM berjaya mendapatkan 3 mata penting pada malam tersebut, mereka mampu untuk pintas kedudukan Terengganu. Sebaliknya, Terengganu boleh menjarakkan kedudukan jika menang di tempat lawan dalam perlawanan tersebut.
Jadual Dan Siaran Langsung PDRM vs Terengganu Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS17 dimana mempertemukan PDRM FC vs Terengganu FC iaitu pada 16 Julai 2023, hari Ahad, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.
Selain di stadium, perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023.
16 Julai 2023 (Ahad)
FT : PDRM (0) - (0) Terengganu
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka