Untuk hari kedua Liga Super 2023 bagi minggu ketujuh belas ini akan ada tiga lagi perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Sabah FC vs Sri Pahang FC iaitu pada 15 Julai 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana mereka pernah bertemu sebelum ini juga dalam saingan Liga Super iaitu pada pusingan pertama bulan Mac yang lalu di minggu keempat.
Perlawanan ketika itu berlangsung di Darul Makmur. Kedua-duanya memberikan saingan yang sengit demi mencari tiga mata berharga. Walaupun begitu, aksi tersebut berkesudahan dengan keputusan seri dengan jaringan 1-1.
Ini pastinya menjadi 'match of the week' dimana mempertemukan dua pasukan yang berada di kelompok teratas. Pahang di tangga ketiga dengan 34 mata, manakala Sabah yang sudah mengumpul 30 mata berada di tangga kelima.
Kedua-duanya pasti mencari tiga mata berharga untuk terus menjaminkan kedudukan mereka berada di kelompok teratas. Jika tidak mampu untuk berada di takhta liga sekali pun, sekurang-kurangnya merebut tempat kedua liga.
Jadual Dan Siaran Langsung Sabah vs Sri Pahang Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS17 dimana mempertemukan Sabah FC vs Sri Pahang FC iaitu pada 15 Julai 2023, hari Sabtu, pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Likas.
Selain di stadium, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Bukan itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 bagi setiap perlawanan.
15 Julai 2023 (Sabtu)
FT : Sabah (4) - (0) Sri Pahang
Darren Lok 8', 65'
Roman Machado 44'
Stuart Wilkin 69'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka