Antara tiga perlawanan yang berlangsung untuk aksi Liga Super 2023 minggu kelimat belas ini adalah pertemuan antara Selangor FC vs Kuching City FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Pada pusingan pertama liga, kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada minggu kedua iaitu dalam bulan Februari. Dalam pertemuan kali pertama untuk musim terbaru ini, Kuching City teruk dibelasah di halaman sendiri dengan jaringan lima gol tanpa balas.
Kali ini mereka bertemu sekali lagi untuk pusingan kedua pula dan akan bermain di Petaling Jaya pula. Adakah Kuching City sudah mempelajari sesuatu dan punyai cara untuk menumbangkan gergasi merah kuning tersebut? Atau mimpi ngeri Kuching City teruk dibelasah Selangor akan kembali berulang?
Selangor FC
Selangor telah menerima nasib yang sama seperti Terengganu pada minggu lepas apabila tersingkir daripada saingan Piala FA 2023. Mereka perlu melupakan duka tersebut dan pandang kehadapan bagi meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super 2023.
Mereka perlu untuk terus memberikan saingan kepada pendahulu liga, JDT yang kini gah berada di puncak. Mereka perlu untuk kutip 3 mata untuk terus berada di tangga kedua dan munkin layak ke saingan peringkat Asia pada musim 2024 kelak.
Kuching City
Jika dilihat diatas kertas, Kuching City pastinya bukan tugas sukar untuk Selangor. Dalam lima perlawanan terakhir pun, mereka hanya berjaya mengumpul 2 mata sahaja iaitu menerusi keputusan seri. Selebihnya tewas pasukan pasukan lawan.
Bukan itu sahaja, selain daripada perlu berhadapan dengan pasukan lawan, pemain-pemain Kuching City juga perlu berlawan dengan penonton dan penyokong pasukan tuan rumah yang pastinya akan memberi kelebihan kepada Selangor.
Jadi orang Lembah Klang terutamanya penyokong pasukan Selangor, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium. Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk dengan pembelian secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang dijual pada hari perlawanan.
Jadual Dan Siaran Langsung Selangor vs Kuching City Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Selangor FC vs Kuching City FC iaitu pada 3 Julai ini, hari Isnin, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Selain itu, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 2 804 atau secara online di Astro Go. Anda boleh juga tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan pas satu perlawanan berharga RM7.90 atau pas bulanan berharga RM28.90.
3 Julai 2023 (Isnin)
FT : Selangor (2) - (1) Kuching City
Ayron de Valle 26' (P)
Yohandry Orozco 55'
Amir Amri Salleh 89'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka