Hari terakhir akan ada dua lagi perlawanan untuk minggu kelapan belas Liga Super 2023 dan antaranya adalah pertemuan Sri Pahang FC vs Perak FC iaitu pada 30 Julai 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.
Ini merupakan pertemuan kali ketiga untu kedua-dua pasukan. Kali pertama bertemu dalam saingan Liga Super pada minggu kelima (LS5) yang mana Sri Pahang menang 3-0 kepada Perak.
Kali kedua pula, mereka bertemu sekali lagi iaitu di saingan Piala FA pusingan pertama. Dalam perlawanan tersebut, Sri Pahang sekali lagi berjaya menundukkan Perak dengan jaringan 2-1 sekali gus berjaya mara ke pusingan 16 terbaik.
Kedua-dua pasukan ini sepertinya berada dalam dunia upside down. Sri Pahang di kedudukan keempat teratas liga dengan 34 mata, manakala Perak berada di kedudukan kebawah liga dengan 13 mata.
Jika dilihat pada kedudukan liga, perlawanan ini pastinya memihak kepada Sri Pahang. Tetapi minggu sudah, Perak baru sahaja menang perlawanan menentang Kuching City, manakala Sri Pahang tewas besar dengan Sabah.
Jadual Dan Siaran langsung Sri Pahang vs Perak Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Sri Pahang FC vs Perak FC iaitu pada 30 Julai 2023, hari Ahad, jam 5.30 petang yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.
Untuk yang tidak ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.
Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan pas satu perlawanan dengan harga RM7.90 atau pas bulanan yang berharga RM28.90.
30 Julai 2023 (Ahad)
FT : Sri Pahang (1) - (0) Perak
Kpah Sherman 54'
Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka