Siaran Langsung Terengganu vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Terengganu vs Kedah Live Streaming Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 minggu kelima belas diteruskan lagi dengan tiga perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Terengganu FC vs Kedah Darul Aman FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan ini telah bertemu pada minggu kedua dalam bulan Februari. Dalam pertemuan kali pertama untuk musim baru ini, Kedah telah berjaya menumpaskan Terengganu dengan hanya menjaringkan satu gol sahaja di Ipoh.

Kali ini mereka bertemu sekali lagi untuk pusingan kedua dan bermain di Terengganu pula. Adakah Kedah mampu menumpaskan sekali lagi dan kali ini di gelanggan lawan? Atau Terengganu telah mempelajari sesuatu untuk menumpaskan Kedah pula kali ini?

Terengganu FC

Terengganu sepatutnya tidak boleh terus berduka apabila terkandas di pusingan separuh akhir Piala FA 2023 kepada tangan KL City pada minggu lalu. Mereka kini perlu meneruskan cabaran dan kali ini juga bertemu antara pasukan gergasi iaitu Kedah DA.

Mereka perlu untuk bangkit daripada kekalahan dalam saingan Piala FA termasuk juga kekalahan terhadap JDT pada saingan Liga Super pada minggu keempat belas sebelum ini. Mereka perlu mencari 3 mata bagi untuk mengejar kelompok teratas.

Kedah Darul Aman FC

Kedah pastinya mempunyai sedikit kelebihan berbanding Terengganu. Mereka mampunyai masa rehat yang lebih panjang berbanding pihak lawan. Mereka tidak bermain dalam aksi Piala FA, sebaliknya perlu tunggu kepulangan pasukan tersebut.

Ditambah pula dengan rekod lima perlawanan terakhir untuk Kedah agak baik sebenanrya. Mereka hanya tewas sekali sahaja dan telah menang empat perlawanan yang lain. Mereka juga telah menang dua kali berturut-turut sebelum ini. Adakah mereka mampu meraih kemenangan yang ketiga nanti?

Jangan lupa untuk datang sekali lagi beramai-ramai ke stadium bagi memberikan tanda sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing terutamanya untuk pasukan tuan rumah, Terengganu. Anda kini boleh dapatkan tiket dengan pembelian secara online di www.tickethotline.com.my.

Jadual Dan Siaran Langsung Terengganu vs Kedah Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS15 dimana mempertemukan Terengganu FC vs Kedah Darul Aman FC iaitu pada 3 Julai 2023, hari Isnin, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selain itu, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Anda boleh juga tonton secara live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan langganan serendah RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

3 Julai 2023 (Isnin)

FT : Terengganu (1) - (0) Kedah

Engku Nur Shakir 16'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post