Kini sudah memasuki minggu kelapan belas bagi saingan Liga Super 2023 dan antara perlawanan yang bakal berlangsung adalah antara Terengganu FC vs Negeri Sembilan FC iaitu pada 28 Julai 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Pertemuan Kedua-Dua Pasukan Dalam Saingan Liga
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan yang mana mereka pernah bertemu sebelum ini, juga dalam saingan liga ketika pusingan pertama dalam bulan Mac yang lalu di minggu kelimat (LS15).
Perlawanan ketika itu berlangsung di Paroi. Kedua-duanya memberikan saingan yang hebat bagi mencari gol kemenangan. Akan tetapi ianya berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila Negeri Sembilan menang 2-1 terhadap Terengganu.
Kedua-dua pasukan ini berada di kedudukan pertengahan liga. Setakat tujuh belas perlawanan, Terengganu sudah mengutip 25 mata dan berada di tangga ke-7. Manakala Negeri Sembilan di tangga ke-10 dengan 19 mata.
Mampukah Terengganu Mencatatkan Kemenangan
Bermain di halaman sendiri, pastinya akan memberikan kelebihan kepada pasukan Terengganu. Ditambah pula jika dilihat prestasi kedua-dua pasukan dalam perlawanan sudah, Terengganu mempunyai sedikit kelebihan.
Mampukah Terengganu mendapatkan kemenangan kelapan dalam saingan liga kali ini? Atau Negeri Sembilan berjaya mencuri mata sekurang-kurangnya ketika bertandang di Gong Badak.
Jadual Dan Siaran Langsung Terengganu vs Negeri Sembilan Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS18 antara Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC yang akan berlangsung pada 28 Julai ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Selain di stadium, perlawanan ini juga turut dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go. Bukai itu sahaja, anda juga boleh live streaming menerusi aplikasi Sooka dengan melanggan Pas Liga Malaysia 2023.
28 Julai 2023 (Jumaat)
FT : Terengganu (1) - (1) Negeri Sembilan
Ivan Mamut 66'
Herold Goulon 88'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka