Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Sebuah kejohanan tahunan yang akan berlangsung di Chennai, India iaitu Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023 atau juga dikenali dengan The Hero Asian Champions Trophy untuk edisi 2023.

Kesemua pasukan yang bertanding akan melalui 10 hari perlawanan iaitu dari 3 hingga 12 Ogos 2023 dimana akan berlangsung di Chennai, India yang menjadi tuan rumah.

Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Setiap tahun akan menampilkan 6 pasukan terbaik Asia dengan rangking tertinggi dunia. Kesemuanya akan bertarung dalam satu kumpulan bagi merebut gelaran juara.

Format pertandingan adalah secara round-robin satu pusingan dimana empat pasukan teratas layak ke separuh akhir dan bermain sehingga ke final.

Kejohanan ini juga menjadi medan terbaik untuk setiap pasukan membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Asia Hangzhou China pada September depan.

Senarai Pasukan Yang Bertanding Dalam Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Kesemua enam pasukan ini merupakan pasukan yang mempunyai kedudukan tau rangking tertinggi dunia. India kini berada di kedudukan ke-4 dunia. Diikuti dengan Korea di tempat k-9.

Manakala Malaysia mengekori rapat di tangga ke-10 dunia. Pakista, Jepun dan China masing-masing ditempat dan kedudukan 17, 29 dan 25 dunia.

Inilah pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi ke-7 ini yang juga top 6 pasukan terbaik Asia ketika ini.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Asian Champions Trophy Chennai 2023

Arul Selvaraj sebagai Ketua Jurulatih telah menyenaraikan 20 pemain untuk kesemua posisi bagi menghadapi kejohanan Men's Asian Champions Trophy 2023

Penjaga Gol: Hafizuddin Othman, Zaimi Mat Deris

Pertahanan: Razie Rahim, Marhan Jalil, Najmi Farizal, Aminuddin Zain, Syafiq Hassan, Muhajir Rauf, Najib Abu Hassan, Amirul Hamizan

Tengah: Faiz Helmi Jali, Meor Azuan, Shello Silverius, Azrai Aizad, Abdul Khaliq

Penyerang: Firhan Ashaari, Faizal Saari, Ashran Hamsani, Ramadan Rosli, Fitri Saari

Siaran Langsung Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Jangan risau untuk anda yang meminati sukan hoki atau penyokong The Speedy Tigers, ini kerana kejohanan ini akan dibawakan secara langsung terus ke kaca tv anda.

Anda boleh saksikan kesemua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran Astro Arena 2 (CH804) dan Astro Supersport (CH811) serta tontonan secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh langgan platfrom Sooka untuk menonton secara live streaming dengan harga serendah RM34.90 sebulan untuk pakej sukan.

Selain itu, anda juga boleh tonotn secara live streaming di watch.hockey secara percuma. Tetapi perlu kepada sambungan VPN.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023

Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada pasukan Malaysia yang beraksi dalam kejohanan Hoki Piala Juara-Juara Asia 2023 ini.

Dapatkan jadual penuh dibawah dan ikuti setiap perlawanan yang berlangsung. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Korea (2) - (1) Jepun - 6.30 pm

FT : Malaysia (3) - (1) Pakistan - (8.45 pm | Astro Arena 2 804)

FT : India (7) - (2) China - 11.00 pm

4 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Korea (1) - (1) Pakistan - 6.30 pm

FT : China (1) - (5) Malaysia - (8.45 pm | Astro Supersport 811 )

FT : India (1) - (1) Jepun - 11.00 pm

6 Ogos 2023 (Ahad)

FT : China (1) - (1) Korea - 6.30 pm

FT : Pakistan (3) - (3) Jepun - 8.45 pm

FT : Malaysia (0) - (5) India - (11.00 pm | Astro Arena 2 804)

7 Ogos 2023 (Isnin)

FT : Jepun (1) - (3) Malaysia - (6.30 pm | Astro Arena 2 804)

FT : Pakistan (2) - (1) China - 8.45 pm

FT : Korea (2) - (3) India - 11.00 pm

9 Ogos 2023 (Rabu)

FT : Jepun (2) - (1) China - 6.30 pm

FT : Malaysia (1) - (0) Korea - (8.45 pm | Astro Arena 2 804)

FT : India (4) - (0) Pakistan - 11.00 pm

11 Ogos 2023 (Jumaat)

[Tempat ke-5/6]
FT : Pakistan (6) - (1) China - 6.00 pm

[Semi Final 1]
FT : Malaysia (6) - (2) Korea   - 8.30 pm | Astro Arena 2 804

[Semi Final 2]
FT : India (5) - (0) Jepun - 11.00 pm

12 Ogos 2023 (Sabtu)

[Tempat Ke-3]
Korea vs Jepun - 8.30 pm

[Final]
Malaysia vs India - 11.00 pm | Astro Arena 2 804


Post a Comment

Previous Post Next Post