Siaran Langsung JDT vs Pahang Rangers Live Streaming Final MPFL 2023

Siaran Langsung JDT vs Pahang Rangers Live Streaming Final MPFL 2023

JDT dan Pahang Rangers akan membuat perhitungan kali kedua dan terakhir dalam aksi Final MPFL 2023 yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 Ogos ini, hari Isnin bertempat di Stadium Tertutup, Pasir Gudang.

Ini merupakan second leg dan kali pertama telah pun berlangsung di Stadium Tertutup SUKPA di Kuantan pada 5 Ogos yang lalu. Dalam perlawanan tersebut Pahang Rangers terlebih dahulu menjadi tuan rumah untuk perlawanan pertama.

Sebagai antara pasuka elit futsal negara, Pahang Rangers tidak mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila berjaya mengalahkan pasukan pelawat, JDT ketika itu dengan jaringan besar 7 gol berbalas 3.

Ini bermakna, Pahang Rangers mempunyai bekalan dan kelebihan 4 gol untuk dibawa ke Pasir Gudang bagi aksi timbal balik kedua dan kali ini pasukan yang mendapatkan bilangan gol yang paling banyak akan dinobatkan sebagai juara Malaysia Premier Futsal League 2023.

Sebelum ini bermain di tempat Pahang Rangers. Kali ini bermain di tempat JDT sendiri. Sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Tetapi mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengurangkan defisit gol yang telah dilepaskan.

Jadual Dan Siaran Langsung Final MPFL 2023 Antara JDT vs Pahang Rangers

Jadi untuk peminat sukan futsal terutamanya bagi kedua-dua pasukan, anda boleh datang ke stadium bagi menyaksikan sendiri lebih untuk perlawanan ini. Tiket masuk boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Tetapi bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, perlawanan ini juga akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming menggunakan platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek sukan dengan harga bermula RM34.90 sebulan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi kedua dan terakhir untuk Final MPFL 2023 antara Johor Darul Ta'zim vs Pahang Rangers pada 14 Ogos ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada pukul 8.45 malam.

Keputusan perlawanan dan pasukan manakah yang akan memenangi kejohanan ini, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut

14 Ogos 2023 (Isnin)

FT : JDT (3) - (2) Pahang Rangers (Agg : 6-9)

Saad Sani 3'
Awalluddin Mat Nawi 12'
Sergio Jamur 16' 19'
Danial Dain 30' 

Waktu : 8.45 Malam
Venue : Stadium Tertutup Pasir Gudang
Tayangan : Astro Arena 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Pahang Rangers juara MPFL 2023 dengan agregat 9-6. JDT sebagai naib juara

Post a Comment

Previous Post Next Post