Siaran Langsung JDT vs Perak Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs Perak Live Streaming Liga Super 2023

Ini merupakan perlawanan kedua untuk aksi Liga Super 2023 minggu kedua puluh dimana membabitkan dua pasukan iaitu JDT vs Perak dimana akan berlangsung pada 13 Ogos 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Pada minggu ini sama seperti minggu sudah apabila hanya enam daripada tujuh perlawanan yang bakal berlangsung. Manakala satu perlawanan antara Sri Pahang dan PDRM terpaksa di tunda di tarikh dan waktu yang akan diumumkan kemudian.

Perlawanan ini pastinya kita boleh ramal apakah kesudahannya jika dilihat JDT kini berada di puncak liga dengan 57 mata maksimum berbanding Perak yang kini berada di tangga kesebelas dengan hanya mengumpul 16 mata sahaja.

Dalam tiga pertemuan terakhir mereka, Perak hanya berjaya peroleh keputusan seri sekali sahaja pada tahun 2021 dalam saingan Liga Super, manakala dua lagi perlawanan tewas dengan bilangan jaringan yang sama iaitu 5 gol tanpa balas.

Untuk tahun 2023 pula, kedua-dua pasukan hanya bertemu sekali sahaja, juga dalam saingan liga iaitu pada bulan April yang lalu dalam minggu ketujuh (LS7). Ketika itu, Perak dibelasah sehingga 5-0 dan JDT terus gah berada di puncak liga.

Sepertinya JDT tidak mampu lagi disekat untuk terus mengungguli persada liga hatta sehingga ke perlawanan kesembilan belas. Kesemua perlawanan yang ditempuhi, mereka tidak pernah tewas walaupun sekali. Seri juga tidak pernah mereka rasai untuk musim kali ini.

JDT juga menjadi pasukan yang paling sedikit dibolosi baik dalam saingan liga dan kejohanan piala fa sebelum ini. Dalam liga, setakat ini, mereka hanya pernah bolos 4 kali sahaja dan telah menjaringkan lebih 70 gol.

Pencapaian yang sangat luar biasa meskipun baki perlawanan dan perjalanan dalam saingan liga masih jauh. Tetapi sepertinya, mereka akan mampu untuk meraikan kejayaan bergelar juara liga dalam tempoh yang lebih awal.

Perak jika dilihat pada awal musim hingga pertengahan, sangat bergelut dengan prestasi sehingga merehatkan ketua jurulatih pada beberapa minggu yang lalu. Kini Yusri Che Lah mengambil tampuk kepimpinan tersebut untuk meneruskan baki perlawanan.

Walaupun tidak lah terlalu baik dalam singan 2023 kali ini, tetapi Perak merupakan antara pasukan terbaik daripada senarai yang dinaikkan daripada Liga Premier sebelum ini. Daripada 5 pasukan, kini Perak antara 2 yang terbaik.

Dalam tempoh 5 perlawanan terakhir juga menampakkan Perak semakin baik apabila meraih dua kemenangan daripadanya. Yang terbaru adalah menentang Penang pada minggu sudah. Kejutan yang dibuat dengan menewaskan dengan jaringan 3-1.

Mungkin untuk menumpaskan JDT itu agak mustahil. Tetapi sekurang-kurangnya mereka pastinya akan cuba untuk memberi saingan. Mungkin boleh menjaringkan gol atau tidak mustahil dapat mencuri 1 mata menentang JDT nanti.

Jadual Dan Siaran Langsung JDT vs Perak Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak Liga Super LS20 mempertemukan Johor Darul Ta'zim FC dan Perak FC yang akan berlangsung pada Ahad ini, bertempat di Stadium Sultan Ismail.

Untuk anda yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau boleh juga menonton secara online di Astro Go.

Selain itu, jik anda tidak mempunyai akses Astro, anda boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 berharga RM9.90 untuk satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

13 Ogos 2023 (Ahad)

FT : JDT (5) - (0) Perak

Heberty 21'
Mattew Davies 27'
Bergson 36'
Oscar Arribas 55'
Juan Muniz 66'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post