Salah satu perlawanan yang berlangsung pada hari ini adalah pertemuan antara dua buah pasukan Pantai Timur iaitu Kelantan United vs Terengganu.
Derby East Coast ini bakal berlangsung pada 8 Ogos 2023, iaitu hari Selasa dimana akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.
Ini merupakan pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan untuk musim 2023. Kali pertama mereka bertemu pada Mac yang lalu juga dalam saingan liga di minggu keenam (LS6).
Dalam pertemuan tersebut, Terengganu berjaya memanfaatkan tempat sendiri apabila menewaskan Kelantan United dengan jaringan tipit 2-1.
Kali ini bertukar stadium pula. Kelantan United akan menjadi tuan rumah dan bakal menerima kunjungan Terengganu dan pastinya ada kelebihan untuk mereka.
Akan tetapi semua bergantung kepada tektikal dan semangat setiap pemain dalam pasukan. Apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak.
Mungkin perbezaan kedudukan liga untuk Kelantan United dan Terengganu agak ketara, tetapi semangat untuk mencari tiga mata pastinya ada bagi setiap pasukan terutamanya untuk tuan rumah.
Jadual Dan Siaran Langsung Kelantan United vs Terengganu Di Liga Super 2023
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.
Selain itu, anda boleh gunakan aplikasi Sooka untuk menonton secara live streaming dengan melanggan pas satu perlawanan berharga RM9.90 atau pas bulanan berharga RM28.90 untuk lebih jimat.
Berikut merupakan jadual perlawanan Liga Super 2023 LS19 Kelantan United vs Terengganu pada 8 Ogos ini hari Selasa, pada pukul 9.00 malam.
8 Ogos 2023 (Selasa)
FT : Kelantan United (1) - (4) Terengganu
Ivan Mamut 29' (P)
Sony Norde 73'
Nik Sharif Haseefy 84'
Ismaheel Akinade 86'
Hakimi Abdullah 90+3'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka