Kini bakal berlangsung perlawanan kedua bagi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 dan antara yang terlibat dalam pertemuan Kuala Lumpur City FC vs Penang FC.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 18 Ogos 2023, hari Jumaat yang diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras dan kali ini KL City yang menjadi tuan rumah.
Format pusingan 16 Piala Malaysia tahun ini dimainkan secara timbal balik dimana kedua-dua pasukan akan menjadi tuan rumah. Jadi pada perlawanan pertama, Penang telah diundi terlebih dahulu dengan bermain di Pulau Pinang pada perlawanan pertama.
Dalam perlawanan pertama yang telah berlangsung pada 3 Ogos yang lalu telah menyaksikan tuan rumah, Penang dibelasah empat gol tanpa balas oleh KL City. Adakah bermain di tempat lawan selepas ini, Penang mampu bangkit?
KL City kini mempunyai bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik dengan kelebihan empat gol. Ditambah pula, mereka akan menjadi tuan rumah dan Penang akan datang sebagai pasukan pelawat.
Pemenang antara kedua-dua pasukan ini akan bertemu sama ada Sri Pahang atau Harini Selangor FT di pusingan Suku Akhir kelak. Pasukan manakah agaknya yang berjaya mara ke pusingan seterusnya?
Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung KL City vs Penang
Perlawanan KL City vs Penang akan ditayangkan di kaca tv secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM9.90 untuk satu perlawanan.
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan kedua (second leg) pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2023 antara Kuala Lumpur City FC vs dan Penang FC pada Jumaat ini bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
18 Ogos 2023 (Jumaat)
FT : KL City (1) - (0) Penang (Agg: 6-0)
Tchetche Kipre 70'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak KL
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka
*KL City mara ke pusingan Suku Akhir. Manakala Penang akan meneruskan langkah ke suku akhir Challenge Cup 2023