Siaran Langsung Live Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023

Hari kedua Piala Malaysia 2023 bakal menyaksikan tiga lagi perlawanan yang bakal berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Kelantan vs JDT.

Perlawanan ini merupakan yang pertama yang mana ianya diadakan pada 4 Ogos 2023, hari Jumaat, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Pusingan 16 Terbaik Kelantan vs JDT

Piala Malaysia tahun ini akan menggunakan format kalah mati, berbeza berbanding tahun-tahun sudah yang menggunakan format liga.

Kesemua perlawanan akan bermula pada pusingan 16 terbaik dan ianya akan berlangsung secara kalah mati dengan format timbal balik.

Minggu ini, Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada JDT dan perlawanan kedua pula giliran JDT akan melayan kunjungan Kelantan di Johor.

Pertemuan Kelantan vs JDT

Pada musim kali ini, kedua-dua pasukan Kelantan dan JDT telah bertemu sebanyak dua kali iaitu dan saingan liga.

Kedua-dua perlawanan tersebut kita telah menyaksikan bagaimana Kelantan tumpas dengan jaringan 5 gol. Pasti menarik untuk disaksikan perlawanan kali ini.

Adakah nasib Kelantan akan terus malap terutamanya berdepan JDT? Masa akan menentukan adakah JDT akan terus dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Untuk penyokong Kelantan terutamanya, jangan lupa dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online atau dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium.

Untuk pembelian online, anda boleh pergi ke laman web www.tickethotline.com.my

Tayangan Siaran Langsung Kelantan vs JDT

Sama seperti kejohanan sudah, Piala Malaysia juga akan ditayangkan ke kaca tv secara langsung. Perlawanan ini akan disiarkan di saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 sehingga RM28.90 untuk pakej sebulan

Jadual Dan Keputusan Kelantan vs JDT Piala Malaysia 2023 (First Leg)

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan pertama (first leg) Piala Malaysia 2023 Kelantan vs Johor Darul Ta'zim pada Jumaat ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut

4 Ogos 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan (1) - (5) JDT

Bergson da Silva 6'
Heberty 15', 24'
Shahrul Saad 50'
Nazmi Faiz 67'
Khala' if Naskam 85'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post