Siaran Langsung Live Kuching City vs Sabah Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs Sabah Piala Malaysia 2023

Untuk hari ketiga dan perlawanan terakhir untuk pusingan 16 Piala Malaysia 2023 bakal mempertemukan dua pasukan Kuching City vs Sabah.

Pertemuan kedua-kedua pasukan ini akan berlangsung pada 5 Ogos 2023, hari Sabtu, jam 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Pusingan 16 Terbaik Kuching City vs Sabah

Pada pusingan 16 terbaik ini, terdapat 12 pasukan daripada Liga Super dan 4 daripada Liga M3 yang layak mengambil bahagian.

Kesemua pasukan akan berentap dalam perlawanan dengan format kalah mati secara timbal balik. Ini bermakna, pasukan yang mempunyai agregat yang lebih besar akan mara ke pusingan seterusnya.

Minggu ini untuk perlawanan pertama, Kuching City menjadi tuan rumah, manakala untuk perlawanan kedua giliran untuk Sabah pula.

Pertemuan Kuching City vs Sabah

Kedua-dua pasukan telah bertemua dua kali dalam saingan Liga Super sebelum ini untuk tahun 2023. Kedua-duanya dimenangan oleh Sabah.

Adakah Sabah mampu untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut dalam saingan piala malaysia kali ini? Atau Kuching mampu cipta kejutan dalam kejohanan ini?

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Untuk kedua-dua penyokong Borneo, jangan lupa dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online atau dapatkan tiket masuk yang dijual di perkarangan stadium.

Untuk pembelian online, anda boleh pergi ke laman web www.tickethotline.com.my.

Tayangan Siaran Langsung Kuching City vs Sabah

Perlawanan Kuching City vs Sabah akan ditayangkan di kaca tv anda secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Kuching vs Sabah Piala Malaysia 2023 (First Leg)

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan pertama (first leg) Piala Malaysia 2023 Kuching City vs Sabah pada Sabtu ini bertempat di Stadium Negeri.

Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

5 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Kuching City (0) - (3) Sabah

Ramon Machado 4', 7'
Daniel Ting 15'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post