Siaran Langsung Live PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live PDRM vs Selangor Piala Malaysia 2023

Hari pertama Piala Malaysia 2023 bakal menyaksikan tiga perlawanan yang bakal berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pertemuan PDRM vs Selangor.

Perlawanan ini merupakan yang ketiga pada hari ini dimana akan diadakan pada 3 Ogos 2023, hari Khamis, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pusingan 16 Terbaik PDRM vs Selangor

Perlawanan akan bermula pada pusingan 16 terbaik dimana melibatkan 12 pasukan Liga Super dan 4 pasukan daripada Liga M3.

Piala Malaysai tahun 2023 kali ini sedikit berbeza apabila menggunakan format kalah mati berbanding format liga pada tahun-tahun lalu.

Minggu ini, PDRM akan menjadi tuan rumah kepada Selangor dan perlawanan kedua pula giliran Selangor akan melayan kunjungan PDRM walaupun hakikatnya bermain di stadium yang sama.

Pertemuan PDRM vs Selangor

Kali pertama mereka bertemu adalah pada saingan Liga Super pusingan pertama yang lalu dimana menyaksikan PDRM menang 1-0 kepada Selangor.

Itulah kehebatan PDRM yang ditonjolkan pada musim kali ini sebagai sebuah pasukan underdog. Selain Selangor, banyak pasukan gergasi berjaya ditewaskan dalam saingan liga.

Adakah kali ini Selangor bakal menerima nasib yang sama seperti sebelumnya? Atau Selangor mampu bangkit balas dendam dalam pertemuan kali ini?

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Untuk kedua-dua penyokong yang pastinya sudah biasa dengan stadium ini, anda kini sudah boleh dapatkan tiket yang dijual secara online menerusi www.tickethotline.com.my.

Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kesayangan anda.

Tayangan Siaran Langsung PDRM vs Selangor

Perlawanan PDRM vs Selangor akan ditayangkan ke kaca tv anda secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan PDRM vs Selangor Piala Malaysia (First Leg)

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan pertama (first leg) Piala Malaysia 2023 PDRM vs Selangor pada Khamis ini bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : PDRM (1) - (4) Selangor

Hadi Fayyadh 25'
Ayron del Valle 57', 64'
Harith Haiqal 74'
Yohandry Orozco 90+1'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post