Siaran Langsung Live Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023

Siaran Langsung Live Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023

Perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2023 akan mempertemukan dua buah pasukan iaitu Perak vs Kedah bermula dengan pusingan 16 terbaik.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 3 Ogos 2023, hari Khamis, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Perak di Ipoh.

Pusingan 16 Terbaik Perak vs Kedah

Piala Malaysia tahun ini akan bermula daripada pusingan 16 terbaik, diikuti pusingan suku akhir, separuh akhir dan final.

Sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan liga super dan 4 pasukan daripada lima m3 yang layak dan mengambil bahagian musim terbaru ini.

Berbeza seperti tahun-tahun sudah, kali ini menggunakan format kalah mati dan semua perlawanan akan berlangsung secara timbal balik.

Minggu ini, Perak akan menjadi tuan rumah kepada Kedah dan perlawanan kedua pula giliran Kedah akan melayan kunjungan Perak di Alor Setar.

Pertemuan Perak vs Kedah

Pada musim kali ini, kedua-dua pasukan Perak vs Kedah telah bertemu sebanyak dua kali dan kedua-duanya dalam saingan liga.

Perlawanan tersebut kita telah menyaksikan Kedah menang kedua-dua perlawanan baik bermain di Ipoh atau di Alor Setar.

Adakah pertemuan kali ini sekali lagi akan berpihak kepada Kedah? Atau Perak mampu bangkit mencari kemenangan.

Senarai Kesebelasan Utama Perak vs Kedah

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi pasukan Perak dan Kedah dalam perlawanan ini

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Untuk penyokong Perak terutamanya, jangan lupa dapatkan tiket yang kini sudah boleh dibeli secara online atau dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium.

Untuk pembelian online, anda boleh pergi ke laman web www.tickethotline.com.my.

Tayangan Siaran Langsung Perak vs Kedah

Perlawanan Perak vs Kedah akan ditayangkan di kaca tv anda secara langsung iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, anda juga boleh live streaming dengan menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia 2023 serendah RM7.90 untuk satu perlawanan.

Jadual Dan Keputusan Perak vs Kedah Piala Malaysia 2023 (First Leg)

Jadi jangan lupa saksikan perlawanan pertama (first leg) Piala Malaysia 2023 Perak vs Kedah pada Khamis ini bertempat di Stadium Perak

Keputusan pula akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

3 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Perak (3) - (1) Kedah

Manuel Ott 1'
Luciano Guaycochea 48' (P)
Luka Milunovic 55'
Hakimi Mat Isa 86'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post