Skuad Harimau Muda akan memulakan cabaran bagi Kejuaraan Piala AFF Bawah-23 untuk tahun 2023 iaitu Malaysia vs Indonesia pada 18 Ogos ini, hari Jumaat bertempa di Stadium Rayong Provincial, Thailand.
Kejohanan AFF U-23 Championship ini merupakan kejohanan tertinggi bagi skuad muda umur bawah 23 tahun untuk rantau Asia Tenggara. Tahun ini sudah memasuki edisi ke-4 dan kali pertama diadakan pada tahun 2005.
Sejak daripada itu, terdapat 3 pasukan berlainan yang memenangi kejohanan ini iaitu Thailand pada edisi 2005. Kemudian diikuti Indonesia pada tahun 2019 dan pada tahun lalu, 2022 dimenang oleh Vietnam. Pencapaian terbaik Malaysia adalah di tempat ke-4 pada tahun 2005.
Sebanyak 10 pasukan yang menyertai kejohanan untuk tahun ini termasuk Malaysia. Mereka diundi dalam 3 kumpulan dan setiap daripadanya terdapat 3 ke 4 pasukan. Malaysia berada di Kumpulan B bersama Indonesia dan Timor-Leste.
Tiga juara pasukan bagi setiap kumpulan bersama naib juara terbaikakan mara ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir. Kemudian, yang menang akan bermain di final pada 26 Ogos ini seperti yang dijadualkan.
Piala AFF B-23 untuk tahun 2023 ini akan berlangsung dari 17 hingga 26 Ogos 2023 bermula pada peringkat kumpulan sehingga ke separuh akhir dan final. Rayong, Thailand menjadi pusat bagi kesemua perlawanan berlangsung
Barisan Keselebasan Utama Malaysia Untuk Piala AFF B23 Tahun 2023
Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya B-23
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 18, 2023
Kejuaraan B-23 AFF 2023 | Jumaat, 18 Ogos 2023
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇮🇩 INDONESIA
🕘 9.00 malam ini (Waktu Malaysia)
🏟 Stadium Rayong Provincial, Thailand
📺 Siaran langsung di Sukan TV RTM #FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/bh89MGrxmr
Siaran Langsung AFF U23 Championship 2023
Untuk penonton di Malaysia, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.
Jadi jangan lupa untuk saksikan Malaysia vs Indonesia dalam Piala AFF B23 pada 18 Ogos ini, hari Jumaat bersiaran langsung di RTM. Keputusan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
18 Ogos 2023 (Jumaat)
FT : Malaysia (2) - (1) Indonesia
Ramadhan Sananta 29'
Fergus Tierney 54' (P), 62'
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik