Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Live Streaming Piala AFF U23 Tahun 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Thailand Live Streaming Piala AFF U23 Tahun 2023

Kini tibanya hari terakhir bagi saingan Piala AFF B23 atau AFF U23 Championship 2023 dengan adanya dua perlawana berlangsung salah satunya adalah pertemuan antara Malaysia vs Thailand pada 26 Ogos ini, hari Sabtu bertempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Dua perlawanan tersebut adalah perlawanan pusingan akhir dan juga perlawanan penentuan tempat ketiga. Untuk perlawanan penentuan tempat ketiga inilah yang melibatkan pasukan Malaysia dan Thailand dan final adalah antara Vietnam dan Indonesia.

Sebelum ini, Malaysia telah tewas 1-4 kepada Vietnam dan di pusingan separuh akhir. Kemudian Thailand juga sebagai tuan rumah menerima nasib yang sama apabila turut tewas kepada juara Sukan SEA 2023 iaitu Indonesia dengan jaringan 1-3.

Pastukan yang menang ke final bagi merebut gelaran juara Piala AFF B32 untuk tahun 2023. Manakala yang tewas, akan meneruskan cabaran di pusingan penentuan tempat ketiga. Pasukan manakah yang akan menang dalam kedua-dua perlawanan ini nanti?

Untuk rekod, Vietnam merupakan juara bertahan untuk edisi 2022. Manakala Indonesia juga pernah memenanginya dalam edisi kedua iaitu pada tahun 2019. Thailand juga pernah menjuarai kejohanan ini pada edisi pertama tahun 2005.

Pencapaian terabaik Malaysia adalah pada edisi pertama tersebut apabila berjaya ke pusingan separuh akhir, tetapi terpaksa akur tewas kepada Myanmar dalam penentuan sepakan penalti. Ini kali kedua Malaysia U23 berjaya ke pusingan separuh akhir.

Semoga Malaysia mampu untuk mencatatkan kemenangan dan pulang ke tanah air dengan berada di kedudukan ketiga terbaik meskipun tidak mampu untuk mencapai sasaran untuk final seperti yang diumumkan pada awal kejohanan.

Barisan Kesebelasan Utama Malaysia Di Piala AFF B32 Tahun 2023

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.

Siaran Langsung AFF U23 Championship 2023 Malaysia vs Thailand

Perlawanan terakhir, pastinya ramai yang ingin saksikan apakah skuad Harimau Muda mampu untuk memberikan sesuatu. Jadi anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk info, tayangan ini adalah eksklusif untuk MYTV sahaja. Jadi tiada tayangan bagi pengguna Astro. Tapi anda masih boleh saksikan secara live streaming iaitu menerusi rtmklik.rtm.gov.my dan aplikasi RTM Klik secara percuma.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Malaysia vs Thailand dalam aksi penentuan tempat ketiga dalam Piala AFF B32 tahun 2023 pada 26 Ogos ini, hari Sabtu bersiaran di RTM. Keputusan akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada petang tersebut.

26 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (0) - (0) Thailand

Pen : 3-4

*Malaysia tewas dalam penentuan sepakan penaltu. Malaysia di tempat ke-4 dan Thailand di tempat ke-3

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Post a Comment

Previous Post Next Post