Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Piala AFF U23 Tahun 2023

Malaysia vs Timor Leste Piala AFF U23 Tahun 2023

Aksi kedua bagi Kejuaraan Piala AFF Bawah-23 untuk tahun 2023 diteruskan lagi dimana bakal mempertemukan Malaysia vs Timor Leste iaitu pada 22 Ogos ini, hari Selasa bertempat di Stadium Rayong, Thailand.

Ini perlawanan perlawanan terakhir bagi Kumpulan B dan juga hari terakhir untuk peringkat kumpulan. Seperti yang diumumkan hanya 3 juara kumpulan dan 1 naib juara terbaik yang hanya layak ke peringkat kalah mati di pusingan separuh akhir selepas ini.

Malaysia telah bermula dengan langkah kanan sebelum ini, apabila berjaya menundukkan pemenang pingat emas atau juara sukan bola sepak Sukan SEA 2023, Indonesia pada perlawanan pertama yang berlangsung pada 18 Ogos yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut, perlawanan berkesudahan dengan jaringan 2-1 berpihak kepada skuad Harimau Muda sekali gus memperoleh 3 mata penting dan tetap terus berada di tangga teratas dalam kumpulan B.

AFF U23 Championships 2023 ini akan berlangsung dari 17 hingga 26 Ogos 2023 iaitu bermula pada peringkat kumpulan dan kemudian ke peringkat kalah mati dari pusingan separuh akhir dan final. Rayong, Thailand telah dipilih sebagai venue utama bagi kesemua perlawanan.

Barisan Kesebelasan Utama Malaysia Untuk Piala AFF B23 Tahun 2023

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan malaysia dalam perlawanan ini

Siaran Langsung AFF U23 Championships 2023 Malaysia vs Timor Leste

Bagi yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh tonton secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Selain itu, bagi yang tiada akses MYTV, anda boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Jadi jangan lupa untuk saksikan Malaysia vs Timor Leste Dalam Piala AFF B23 pada 22 Ogos ini, hari Selasa bersiaran di RTM. Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

22 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (3) - (1) Timor Leste

Alif Ikmalrizal 5', 64,
Aliff Izwan 13'
Olagar Xavier 41'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Rayong
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

*Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan bagi Piala AFF U23

Post a Comment

Previous Post Next Post